home
kami

Oh Media Network adalah sebuah syarikat pengiklanan internet yang menggunakan medium berharga ini ke tahap maksimum iaitu lebih dari apa yang mampu internet berikan kepada kami. Kami melakukan pelbagai jenis perkhidmatan terutama dari segi pengiklanan dengan harga yang amat murah berbanding syarikat lain di dalam kelasnya.
Dengan nama yang amat dikenali di internet, kami mensasarkan golongan remaja dan juga golongan korporat di dalam persembahan pengiklanan kami dengan pelbagai teknik baru yang kami wujudkan. Setakat ini, peminat kami di Facebook telah mencecah 330,000 orang dan terus bertambah dari masa ke semasa. Ini menjadikan kami berada di tangga ke-15 jenama paling popular bersaing dengan jenama-jenama besar lain.
Boleh jika kami dikatakan, pada zaman ini pengiklanan menerusi internet adalah satu cara yang amat releven memandangkan majoriti rakyat Malaysia kini mempunyai internet dan rata-rata dari mereka, menghabiskan masa 1/3 hidup mereka setiap hari dengan melayari internet samaada melalui pc, phone, tablet dan pelbagai gadget lain. Boleh kami katakan, pengiklanan menerusi akhbar mahupun tv adalah tidak releven lagi bagi mensasarkan pengiklanan kepada golongan remaja dan korporat.
Kami adalah pioneer yang menaikkan nama “OH” di dalam setiap projek yang kami keluarkan hingga menjadi satu trend dan ikutan ramai pada hari ini. Dengan projek popular kami sedia ada, lebih banyak projek baru yang akan kami keluarkan dari masa ke semasa.
perkhidmatan

Setiap servis yang kami sediakan adalah berdasarkan keistimewaan dan kepakaran yang dimilik krew kami.
1. Blog Premium Advertising
2. Advertorial
3. Facebook & Twitter Ads (Over 330,000 followers)
4. Blog Setup – Domain | Hosting | CMS
5. Web Design
6. Printing – Shirt | Flyers | Kad Kahwin | etc
7. Video Montage
# Premium Advertising
Pengiklanan di 4 website utama rangkaian kami
Buat masa ini, pihak kami hanya membuka petak pengiklanan di 4 website utama kami iaitu Oh! Tidak, Oh! Artis, Oh! Geekz dan Justkhai. Harga yang kami berikan dijamin yang termurah di antara website lain yang setaraf dengannya. Harga ini hanya tertakluk kepada peniaga-peniaga kecil. Untuk syarikat atau jenama yang kukuh, anda perlu menghubungi kami untuk maklumat lanjut. Krew kami akan melayani baik pertanyaan anda.
Dengan beriklan di mana-mana blog network kami, anda sendiri akan merasai kelainannya. Blog network kami telah lama mempunyai pengaruh dan anda tidak perlu risau tentang itu. Satu kelainan yang akan kami berikan percuma ialah semua artikel yang dikeluarkan di blog network kami akan disalurkan kepada lebih 330,000 followers kami di Facebook dan Twitter. Lebih ramai pembaca, lebih tinggi peluang untuk perniagaan anda berjaya. Kami memberi jaminan tentang ini atau wang anda akan dikembalikan.
# Advertorial
Advertorial adalah pengiklanan berdasarkan artikel yang amat berpengaruh. Ini bermakna, pihak kami akan mengeluarkan sebuah artikel mengenai produk anda secara seluruhnya dan artikel tersebut akan menggesa orang ramai untuk menggunakan produk atau servis daripada anda (atau mungkin apa sahaja yang anda ingin promosikan). Entri tersebut anda akan kekal di blog tersebut untuk selama-lamanya selagi blog kami wujud. Bagi memberikan anda jelas, berikut adalah beberapa contoh advertorial yang pernah kami keluarkan sebelum ini di 3 blog network utama kami.
1. Oh! Tidak
- Oh! Promosi Heboh-Heboh Raya senQ | Untuk Senheng & senQ
- Oh! 1tradezone Malaysia Online Marketplace
- Dunia Hiburan Tanpa Sempadan dari Funker FM
- Oh! Bagaimana menjana pendapatan di internet
- Oh! Pertandingan Rekacipta logo KVMRT | untuk RapidKL
- Oh! Fesyen Handphone Yang Jarang Dijumpai
- Oh! Minyak baru Petronas inspirasi teknologi F1 | untuk Petronas
- Ketahui apa itu deal site yang tersedia di WeBUY.com.my | untuk webuy.com.my
2. Justkhai
- Review Nokia C3 | untuk Celcom & Nokia
- Review Blackberry Torch 9800 | untuk Celcom & BlackBerry
3. Oh! Artis
- Oh! Media ke Disneyland Hong Kong – Part 1 | untuk Disneyland Hong Kong
- Oh! Media ke Disneyland Hong Kong – Part 2 | untuk Disneyland Hong Kong
- (Interview) Bersama Aisyah sebagai duta produk Litchin De Bella | untuk De Bella Sdn Bhd
- (Gambar) Majlis Pratonton dan Review Filem 3,2,1 Cinta | untuk Metrowealth
- Ketahui rahsia artis kekal lansing | untuk RxLite Sdn Bhd
- Review filem Nasi Lemak 2.0 | untuk Prodigy Media
Ini hanyalah beberapa contoh advertorial sahaja yang pernah kami keluarkan sebelum ini di mana semua client kami amat berpuas hati dengan hasilnya. Kami juga banyak menerima tempahan berulang daripada syarikat-syarikat besar terutamanya syarikat telekomunikasi di Malaysia. Antara client lain yang pernah menggunakan perkhidmatan ini adalah Disneyland Hong Kong, Blacberry, Celcom Biz, Celcom Kolony, Blackberry, Nokia dan banyak lagi.
Itu sedikit sebanyak penerangan mengenai apa itu advertorial yang kami jalankan. Advertorial anda juga akan di’post kan kepada lebih 330,000 followers kami di Facebook & Twitter
Harga untuk sebuah advertorial hanya RM500 sahaja untuk sebuah artikel yang kekal selama-lamanya.
# Facebook Fanpage Ad
Pengiklanan melalui Facebook Fanpage:
Facebook Oh! Media {link} kini mempunyai 336,000 followers (September 2011) dan pastinya akan bertambah dari masa ke semasa. Fanpage kami adalah antara fanpage tempatan yang paling popular dan amat dikenali ramai (Top 15 jenama popular di Malaysia) bersaing rapat dengan jenama terkemuka seperti Air Asia, Malaysia Airlines, TV3, Harian Metro, Maxis, McDonald’s, Berita Harian dan banyak lagi.
Demographic Jun hingga September 2011
Pelanggan kami sebelum ini menerima lebih 10,000 klik hanya selepas 3 jam post dikeluarkan dan sejumlah 30,000 klik hanya selepas 10 jam. Selebihnya, anda kiralah sendiri (klik tanpa henti). Ada yang talian telefon berdering tanpa henti dan tidak menang tangan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Harga: RM300 untuk satu wall post yang kekal selama 8 jam. Post anda akan dibiarkan selama 8 jam sebelum wall post yang lain dikeluarkan. Iklan tersebut juga akan dikeluarkan antara jam 11 pagi hingga 2 petang (peak hour) dan dibiarkan kekal selama 8 jam di tempat paling atas untuk memastikan anda mendapat capaian yang semaksimum mungkin.
Antara client kami yang pernah menggunakan perkhidmatan ini dan ada antaranya yang masih terus menggunakannya sehingga kini adalah seperti Petronas, Celcom (Kolony), Paul Tan, Oh Bulan!, Mukhriz Latif & Udey Ismail Photography, CST Production dan ramai lagi.
# Blog Setup
WordPress self-hosted blog
Dengan serendah RM300, pihak kami akan menyelesaikan proses setup blog baru anda. Pakej ini termasuk nama blog (domain pilihan anda sendiri) dan juga share hosting. Tugas anda hanya menulis entri apabila ianya siap kerana yang lainnya termasuk teknik SEO dan segala yang lain (perkara disebalik tabir) kami akan selesaikan.
Jika anda memerlukan tema/template dan rekaan blog yang tersendiri, hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Web Design/Development
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Printing
Kami juga menyediakan tempahan cetakan Tshirt kosong, Tshirt dengan design, Kad nama, Kad perniagaan, Flyers, kad kahwin dan banyak lagi. hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Corporate video editing
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Promosi Percuma Perniagaan
Kalau anda atau sesiapa sahaja ada kedai makan, butik, galeri, atau apa-apa sahaja jenis perniagaan (mahupun sekadar stall burger), boleh mengundang kami untuk ke sana bagi menerima promosi dan hebahan secara percuma di Facebook kami (dengan 350,000 followers sedia ada). Khidmat ini dilakukan secara percuma cuma bagi mempromosikan produk anda, anda perlu menyediakan kami segala keperluan bagi tujuan itu. Contohnya, jika anda nak kami promosi burger anda, berikanlah kami rasa burger anda dulu secara percuma.
Contoh:
xx
__________________________________________________________
Hubungi
Untuk kesemua urusan perkhidmatan, hubungi kami melalui email ad@ohmedia.my
1. Subjek:
- Letakkan subjek email anda seperti contoh “Pengiklanan di Oh! Tidak“
2. Hantarkan kepada:
- ad@ohmedia.my
Anda juga boleh menggunakan form yang telah kami sediakan.
NOTE: Dalam masa terdekat ini, kami akan mengeluarkan perkhidmatan pembinaan web design dan blog design. Buat masa ini pihak kami agak sibuk dan perkhidmatan ini akan bermula selepas pengumuman rasmi dibuat.
product

Kami sentiasa akan menghasilkan produk terbaik dengan cara melihat apa niche yang diminati majoriti pengguna internet di Malaysia. Pelbagai rangkaian web telah kami wujudkan malah pelbagai lagi web projek lain akan dikeluarkan dari masa ke semasa.

Oh! Artis adalah sebuah web hiburan yang memaparkan pelbagai berita hiburan tanahair secara esklusif tanpa had.
Lihat Website..

Oh! Tidak adalah sebuah web santai membariskan pelbagai informasi menarik, humor, gambar dan pelbagai lagi.
Lihat Website..

Oh! Islam adalah web bercorak islamik yang membariskan pelbagai artikel berkenaan Islam. Ianya sebuah projek bukan komersil kami.
Lihat Website..

Oh! Geekz membariskan pelbagai informasi mengenai dunia teknologi maklumat dan juga gadget. Seluruh info mengenai dunia teknologi maklumat, ada di sini.
Lihat Website..

Oh! AppleMY adalah web yang membariskan pelbagai maklumat mengenai jenama Apple dan setiap teknologi baru yang dikeluarkan mereka.
Lihat Website..

Oh! Media FM adalah sebuah radio online pertama yang dibawakan oleh Oh Media Network, kami bukan sahaja mensasarkan peminat di website malah kepada pendengar radio atas talian.
Lihat Website..

Justkhai adalah blog peribadi milik pengasas kepada Oh Media Network. Biarpun sebuah blog peribadi, pelbagai maklumat bermanfaat turut dikongsikan di sana. Ini merupakan blog terawal yang berada di bawah pengaruh besar, Oh Media Network.
Lihat Website..

Sehingga saat ini, followers kami di Facebook telah menjangkau angka lebih dari 330,000 orang dan ini satu pencapaian yang amat membanggakan. Selain tersenarai sebagai 15 jenama Malaysia paling popular di Facebook, pages ini juga menjadi tumpuan pelbagai jenama besar untuk beriklan dan mendapatkan tumpuan hebat hanya mengambil masa beberapa jam sahaja.
Lihat Pages..
Selebihnya, akan datang.
Di Oh Media Network, segala web kami mengamalkan cara presentation yang kemas dan tersusun sejak dulu. Perkara yang diutamakan adalah penggunaan format penulisan yang betul (tetapi still bersahaja) serta saiz gambar yang sama besar jika ada sebarang kompilasi gambar dikeluarkan. Kami cuba untuk “mengindahkan” mata para pembaca web kami.
contact

Hubungi kami pada bila-bila masa sahaja. Krew kami pasti akan menghubungi anda semula.
Anda boleh menggunakan form tersedia untuk menghubungi kami mengenai pengiklanan atau apa sahaja servis yang kami sediakan. Jika anda ingin menghantar sebarang attachment, anda boleh emailkan terus ke support@ohmedia.my (untuk sebarang urusan rasmi) atau ke hi@ohmedia.my (untuk sebarang perkongsian bahan menarik).
Kami mohon maaf kerana kami tidak akan membalas sebarang email yang bertanyakan tentang soalan bagaimana membina blog, bagaimana ingin buat duit dari blog atau sebagainya. Anda boleh ke blog founder kami, kerana di situ telah banyak tutorial dan perkongsian ilmu disediakan untuk bacaan bersama.

QR code untuk pengguna Bloapp (iOS)










