Connect with us

Oh! Media

Oh! Travel

Top 5 Tempat Pelancongan Menarik Untuk Dikunjungi Ketika Cuti Sekolah Di Selangor

Musim cuti sekolah ni ibu bapa mestilah nak bawa anak-anak berjalan rehatkan minda, betul tak? Tapi, nak bercuti bawa anak-anak mestilah kena ada perancangan yang rapi dari segi lokasi, pengangkutan, tarikh dan masa.

BACA: Ini 4 Restoran Makanan Mesra Muslim Di Seoul, Korea Yang Korang Kena Cuba!

IKLAN

Bagi ibu bapa yang tinggal di Selangor, di sini kami nak senaraikan lima lokasi paling popular yang boleh dikunjungi. Yang penting, anak-anak mesti enjoy punya!

i-City, Shah Alam, Selangor

Bandar i-City dikenali sebagai bandar gaya hidup yang selesa dengan kemudahan lengkap termasuk kondominium, taman tema, pusat beli-belah dan taman rekreasi.

Sesetengah pelawat kebiasaannya mengunjungi i-city pada waktu malam kerana di sini terdapat taman lampu digital, taman salji dan aktiviti yang menyeronokkan.

Paling penting, lokasinya sangat strategik iaitu di Seksyen 7, Shah Alam. Lebih kurang 40 minit je dari Kuala Lumpur. Kalau malas nak drive dan cari parking, korang boleh menggunakan khidmat Maxim je tau!

Taman Botani, Selangor

Merupakan salah satu taman botani yang terbesar di dunia dengan keluasan 817 hektar dan merekodkan ribuan pengunjung yang hadir. Taman riadah ini sesuai untuk berjoging, berkelah dan melakukan aktiviti keluarga yang hampir setiap hari menarik perhatian pengunjung.

Pelbagai aktiviti boleh dibuat di Taman Botani Selangor ini. Antaranya yoga, mewarna dan banyak lagi. Ha, bagi keluarga yang mencari tempat untuk meluangkan masa bersama, di sini adalah tempat yang sesuai.

Taman Tema

Bandar Selangor terkenal dengan beberapa taman tema antaranya Sunway Lagoon, Wet World, Bangi Wonderland, i-City dan SplashMania.

Budak-budak memang suka la dapat mandi-manda dan main air ni kan? Tambahan pula, dapat mandi di kawasan yang luas dan banyak tarikan.

Di Selangor ni, bukan setakat taman tema luar je ada. Taman tema dalam bangunan pun ada tau seperti District 21, Jump Street Asia dan Kidzania.

Jadi, buat sesiapa yang tak nak kena panas dan takut ‘burn’ tu boleh berseronok main permainan dalam pusat beli-belah.

Farm in The City

Farm in The City, konsep unik zoo yang menggabungkan hidupan liar dan taman alam semula jadi di bandar yang mempunyai lebih daripada 100 spesies haiwan ternakan dan eksotik yang unik serta jarang ditemui.

Di sini, pengunjung berpeluang untuk mendekati, menyentuh atau memberi makan kepada haiwan dengan jarak dekat. Jangan risau, penjaga zoo akan membimbing korang semasa sesi bersama haiwan dan terdapat juga pertunjukan haiwan setiap hari.

Bukan ada haiwan je, ada juga dusun buah-buahan dan tumbuhan semula jadi yang mempunyai 60 jenis pokok buah-buahan.

Batu Caves, Selangor

Buat keluarga yang nak bercuti sambil mengenali budaya dan agama lain, boleh datang ke Batu Caves. Sebuah kuil hindu yang indah dan menarik perhatian bukan sahaja penduduk tempatan tetapi dunia.

Batu Caves merupakan tempat di Malaysia yang mempunyai pelbagai warna, dan dikenali dengan tangga yang berwarna-warni dengan 272 anak tangga.

Di gua yang indah ini, pengunjung dapat menikmati segala keindahan asli batu kapur di sekeliling seni bina kuil itu berserta patung-patung yang mengagumkan.

Kredit: maxim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sabrina adalah bekas pelajar intern di Oh! Media yang turut memainkan peranan sebagai hos digital separuh masa. Dengan bakatnya yang pelbagai, Sabrina juga bertindak sebagai editor, penerbit, dan penulis artikel untuk menyokong tim video Oh! Media dalam menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas