Connect with us

Oh! Media

Norman Hakim Menangis Sebak, Reaksi Marissa Dania Pula Jadi Perhatian

Marissa

Oh! Artis

Norman Hakim Menangis Sebak, Reaksi Marissa Dania Pula Jadi Perhatian

Pelakon Norman Hakim menerusi satu hantaran di Instagram ada berkongsi video iklan produk kambing perap yang dijayakan bersama anak perempuannya, Marissa Dania.

BACA: Marissa Dania Akhirnya ‘Up’ Foto Berdua Dengan Aslam, Seiras Betul!

Dalam video tersebut, Norman dan Marissa dilihat beraya bersama sambil kedua-duanya saling bermaafan.

IKLAN

Pelakon bertubuh sasa itu tidak dapat menahan sebak lagi-lagi di saat Marissa memohon ampun maaf kepadanya.

Adik minta ampun, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Lebih menyedihkan apabila Norman menunjukkan satu video yang menjadi tontonannya di saat merindui anak perempuannya itu.

Norman 1

“’Adik selalu doa supaya dosa papa bagi dekat adik. Pahala adik bagi dekat papa sebab adik sayang papa’,” paparan kata Marissa yang tertera dalam kad ucapan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar hubungan anak beranak itu terus dipelihara Allah S.W.T.

“Kenapa aku tengok Marissa macam tak ada perasaan ye, sedih hati seorang ayah ya Allah” – netizen

Tetapi, ada juga netizen mengkritik reaksi Marissa seolah-olah seperti tiada perasaan bersalah. Mereka tumpang simpati melihat Norman Hakim menangis setelah apa yang berlaku kepada keluarganya.

Kredit: Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas