Connect with us

Oh! Media

Padah Bercinta Dengan Isteri Orang, Lelaki Teruk Dibelasah

isteri orang

Oh! Tidak

Padah Bercinta Dengan Isteri Orang, Lelaki Teruk Dibelasah

Kejadian ini bukan berlaku di negara jiran kita tetapi berlaku di Sibu, Malaysia. Kes bercinta dengan isteri orang ni bukan baru ya tetapi itulah yang berlaku dalam masyarakat kita.

ADVERTISEMENT

Terbaru, seorang lelaki telah dibelasah dengan suami kepada seorang wanita apabila mendapati isterinya bercinta dengan mangsa.

Kejadian ini disahkan Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili yang menerima laporan daripada mangsa berusia 24 tahun pada 14 April lalu.

Satu laporan diterima daripada lelaki warga tempatan mengatakan pada tarikh sama sekitar jam 5 petang ketika menunggu bas di Jalan Pahlawan, di sini, dia didatangi tiga lelaki tidak dikenali lalu terus menyerangnya.

Mangsa dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda menuju ke sebuah rumah di Jalan Sentosa.

Suspek ditahan reman selama tiga hari sehingga 18 April ini. Hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa keluar dengan isteri suspek.

Disebabkan rasa marah, suspek bersama tiga lagi rakan yang masih bebas bertindak memukul mangsa dan mengugut supaya tidak mengganggu isterinya lagi.

Rakaman video kejadian ini turut tersebar di Facebook menunjukkan sekumpulan lelaki menyerang mangsa di hadapan sebuah kedai kopi berhampiran Terminal Bas di Jalan Pahlawan.

Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas