Oh! Video
‘NEW CLASSIC’ ALBUM PERTAMA KUMPULAN DOLLA TELAH DILANCARKAN.
Oleh
Korang semua mesti kenal Dolla kan? Lagi-lagi kalau masa hari raya, memang penuh la Instagram story semua orang dengan lagu raya Dolla ‘Raya Raya Raya’. Memang ramai mula kenal Dolla disebabkan lagu raya diorang juga.
Ohmedia baru-baru ini dijemput ke sidang media pelancaran album pertama Dolla ‘New Classic’ di acara #DOLLAVILLA. Album ini mengandungi tujuh buah lagu, lima lagu baru dan dua lagu yang telah dilancarkan terlebih dahulu yang menggabungkan pelbagai genre dari Dance-Pop ke R&B.
Tabby, salah seorang anggota Dolla berkata, proses penghasilan album ini mengambil masa lebih kurang setahun. Lama juga ambil masa hasilkan album berkualiti. Berbaloi lah untuk kita sokong dan strim lagu ni.
Kalau korang nak tahu lagu utama dalam album ni iaitu ‘CLASSIC’ dan ‘DAMELO’ diterbitkan oleh Hyuk Shin, seorang produser album dan penulis lagu dari Korea Selatan yang amat tersohor. Dia pernah berkolaborasi dengan ramai artis ‘superstar’ seperti Justin Bieber, Anderson Paak, Dean, NCT, Super Junior, TXT, Exo, Monsta X, Shinee, Girls’ Generation dan ramai lagi.
Jadi tak peliklah kalau lagu-lagu dalam album ni semua best dan ada ‘vibe’ antarabangsa.
Apa yang menarik dengan lagu ‘CLASSIC’ ini adalah muzik video lagu tu difilemkan sepenuhnya di Thailand. Kalau kita tengok muzik video lagu tu pun memang sangat gempak sebab kebanyakkannya melibatkan tenaga produksi dan kru filem profesional dari negara itu juga.
Kata Dolla mereka juga bercita-cita untuk adakan konsert dan tour tetapi buat masa ni, hanya ingin fokus promosikan album pertama serta hasilkan lebih banyak lagi lagu menarik.
Kalau Dolla buat konsert, konfirm ramai berebut nak beli tiket nanti. Mesti ramai peminat Dolla tak sabar.
Kumpulan Dolla bukan sahaja keluarkan album tapi mereka juga akan memperkenalkan pewangi DOLLA X CERM Classic Perfume edisi terhad dari Huile de Parfum yang bakal dilancarkan secara rasmi pada hujung bulan November ini. Jadi untuk semua peminat Dolla memang wajib dapatkan pewangi ni.
Pewangi ini boleh dibeli di cermskin.com/dolla mulai 30 November. Jangan lepaskan peluang!
Korang tunggu apa lagi? jangan lupa strim album ‘New Classic’ di semua platform digital.
Kredit: Ainin | [email protected]
Saya selaku produser bagi tim video, digital hos sepenuh masa dan juga penulis artikel sampingan di Oh! Media.