Connect with us

Oh! Media

Sekolah penting atau buang masa?

Oh! Youtube

Sekolah penting atau buang masa?

Sejak kebelakangan ini, banyak pula ‘influencer’ yang cakap sekolah ni buang masa lah, tak ada nilai dan tak penting dalam hidup. Korang tahu tak yang pergi sekolah ni sebenarnya penting untuk masa depan kita dan pastikan kita tahu benda asas. 

ADVERTISEMENT

Jadi kalau kita tengok balik orang yang cakap sekolah tak penting ni sebenarnya golongan yang lahir-lahir je terus kaya. Boleh la cakap macam tu kan?

Sekolah la tempat kita cari ilmu dari segi membaca, menulis, mengira dan berfikir. Bukan tu je, sekolah tempat kita sebagai manusia belajar cara nak bergaul dan beradab dengan orang. Kalau tak sekolah macam mana nak tahu semua ni?

Malah, semua yang kita buat dalam kehidupan memerlukan ilmu. Tak kira lah belajar dekat sekolah ke rumah ke, apa kita buat semua memerlukan pembelajaran. Mungkin dengan gaya hidup generasi sekarang yang ramai nak jadi macam influencer dengan hanya membuat video dan popular membuatkan sesetengah individu cakap sekolah ni buang masa.

Nak jadi seorang pempengaruh pun kena ada ilmu juga. Sebab pemikiran orang yang berilmu dengan tidak ini agak berbeza dari segi memberi pendapat atau idea. Contoh, kita boleh tengok pempengaruh yang berjaya dan ada ilmu yang tinggi seperti Khairul Aming. Kita boleh nampak cara dia tangani masalah atau dengan cara yang sistematik dan bernas. 

Kalau ada bakat dan rupa boleh je dapat kerja nak hidup tanpa perlu sekolah tetapi, setiap individu tu berbeza, sijil SPM ni pun penting sebab sekarang nak kerja paling-paling adalah sijil SPM. Sekolah juga tempat kita semua mencari hala tuju untuk kita fikir kerjaya apa yang kita minat. 

Setiap orang ada pendapat masing-masing, tapi kena ingat kalau kita dah memberikan pengaruh yang tak baik kepada generasi sekarang dengan mengatakan sekolah tak ada nilai. Kelak nanti, mereka lebih malas untuk belajar dan terjebak dengan cara lain sama ada baik atau buruk untuk mencari kerja.

Kalau ada peluang untuk sambung belajar, cuba dan belajar lah. Sebab bukan semua berpeluang nak sambung belajar untuk tambahkan ilmu. Apa pun ingat sekolah tetap penting okay gais.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Youtube

Ke Atas