Connect with us

Oh! Media

Gambar Raya Confirm Lawa, Tak Perlu Bazir Duit Beli Kamera Mahal! OPPO Reno11 F 5G Mampu Hasil Gambar Berkualiti!

OPPO Reno11 F 5G

Branded

Gambar Raya Confirm Lawa, Tak Perlu Bazir Duit Beli Kamera Mahal! OPPO Reno11 F 5G Mampu Hasil Gambar Berkualiti!

Sebut saja jenama OPPO, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran korang mestilah tagline “Pakar Potret Anda” betul tak? Telefon yang menggabungkan pengalaman pintar dan gaya.

Untuk korang yang meminati OPPO, kami ada berita best nak kongsi dengan korang yang mana OPPO akan melancarkan peranti baru iaitu OPPO Reno11 F 5G yang mana bukan saja mempunyai rekaan yang lebih elegan, malah kamera utama dia serius lawa! 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, jom kami kongsikan!

Gambar Lebih Jelas, OPPO Reno11 F Mampu Kalahkan Kamera Profesional!

Zaman sekarang ni teknologi semua dah maju kan? Kalau dulu kita nak tangkap gambar yang lawa-lawa mesti kena guna kamera profesional, tapi sekarang dengan telefon pintar saja kualiti gambar dah boleh saing-saing kamera profesional!

Apa yang buat kami tertarik untuk kongsi tentang OPPO Reno11 F dengan korang ni adalah ia hadir dengan Triple Camera Ultra-Clear 64MP serta ciri rakaman 4K yang sangat sesuai untuk mencipta kandungan di media sosial. 

Menariknya, dengan adanya Triple Camera Ultra-Clear 64MP, ia mampu menghasilkan gambar yang beresolusi tinggi dengan butiran lebih jelas. Psst, ia turut hadir dengan kamera makro ultra lebar tau, boleh la tangkap gambar 0.5 untuk Raya nanti!

Lagi best, untuk korang yang ada masalah untuk tangkap gambar dalam gelap, jangan risau sebab OPPO Reno11 F juga hadir dengan mod malam pintar OPPO bersudut lebar 25mm yang boleh menangkap pencahayaan dengan lebih baik, membuatkan gambar lebih jelas. 

Untuk landskap yang luas, kamera ultra-lebar 8MP OPPO Reno11 F 5G ini mampu meliputi medan pandangan sehingga 112º yang boleh dilihat semua. Pergh, ini kalau ada ahli keluarga yang ramai serius function!

Bila sebut jenama OPPO, mestilah korang tahu tagline mereka, “Pakar Potret Anda” betul tak? Jadi, kamera pada OPPO Reno11 F 5G ini pun tak terkecuali dalam mengambil gambar potret yang sangat lawa hasil daripada ciri enjin Pakar Potret OPPO tau. 

Dengan adanya ciri ini, bukan saja dapat tangkap gambar cantik, malah ia menggabungkan pengecaman muka, pengesanan subjek, perlindungan tona kulit serta mencipta keseimbangan antara kejelasan dan fokus lembut. Fuhh, memang penuhlah album gambar lepas ni!

Kalau korang merupakan seorang pencipta kandungan di media sosial, mestilah korang perlukan kamera yang lawa supaya kualiti video yang dirakam lebih berkualiti dan smooth betul tak?

Buat apa bazir duit beli kamera digital profesional semata untuk rakam video dan pindah ke dalam laptop untuk sunting dan kemudian pindah ke telefon untuk muat naik ke media sosial? Kan dah susah tu! 

Lebih baik guna OPPO Reno11 5G je sebab ia mempunyai ciri 4K Ultra-Clear Video yang mana ia boleh digunakan untuk kedua-dua kamera utama dan kamera swafoto 32MP. Menarikkan? 

Jadi, lepas ni korang boleh jimat lebih banyak masa dan tenaga dengan kamera OPPO Reno11 F 5G sebab boleh merakam video pada resolusi yang lebih berkualiti!

Rekaan Lebih Elegan, Rekaan OPPO Reno11 F 5G Memang Padu! Paling Best, Skrin Besar!

Siapa dekat sini selalu mengeluh skrin telefon kecil, kita geng! Bukan apa, apa yang tak best dengan skrin kecil ni kadang-kadang boleh jadi tersalah tekan, atau nak tengok video dan main permainan video jadi tak puas betul tak? 

Tapi, dengan OPPO Reno11 F 5G ni, memang tak dinafikan korang akan dapat satu kepuasan yang best bila guna peranti ini sebab ia dihasilkan dengan rekaan ramping serta ringan hanya pada 7.54mm nipis dan seberat 177g. Pergh, skrin besar lepas tu telefon ringan pula tu, terbaik!

Selain itu, ia juga hadir dengan skrin AMOLED 120Hz dengan saiz 6.7” yang mencukupi serta sempadan 1.47mm ultra nipis pada kedua-dua belah paparan dengan nisbah skrin-ke-badan 93.4% untuk paparan lebih luas. Macam ni, barulah puas nak guna telefon betul tak?

Nak tahu apa yang lagi best dengan OPPO Reno11 F 5G ni? Semua rekaan tampak lebih minimal dan elegan tau! Memang sesuai sangat dengan generasi sekarang yang mudah tertarik dengan estetika rekaan! 

Hadir dengan rekaan Ocean Blue dan Coral Purple , OPPO Reno11 F 5G memperkenalkan ciri OPPO’s Magnetic Partical Design yang mana ia mempunyai tekstur yang berkilau. 

Jadi, dengan adanya ciri rekaan ini, ia akan membuatkan tona warna rekaan Coral Purple lebih berkilat, dan tona warna biru dan putih akan lebih naik pada Ocean Blue. Memang lawa!

Kalau korang rasa Coral Purple dan Ocean Blue dah lawa, korang kena tengok warna Palm Green ni! Fuhh, lawa dan nampak klasik kan? 

Menariknya, rekaan Palm Green OPPO Reno11 F 5G ini memberi imej batu permata zamrud serta tona hijau pekat dengan kilauan halus yang dihasilkan dengan proses OPPO Glow eksklusif, mempamerkan kristal kecil berkilauan terukir pada tahap mikroskopik! Memang hebat!

Dengan adanya proses OPPO Glow eksklusif ini, ia akan menghasilkan kemasan yang bukan sahaja berkilau pada peranti, malah ia akan rekaan peranti akan kelihatan lebih smooth dan elegan. 

Tak Perlu Guna Aplikasi Ketiga, ColorOS 14 Bantu Mudahkan Pelbagai Urusan!

Kalau korang suka tangkap dan edit banyak gambar atau simpan fail dan teks penting dalam peranti, mesti korang akan cari alternatif atau guna aplikasi ketiga betul tak?

Korang tahu kan tak semua alternatif dan aplikasi ketiga yang ada dalam peranti itu selamat digunakan? Risau kalau data peribadi korang diceroboh nanti!

Sebab itulah kami sarankan korang untuk dapatkan OPPO Reno11 F sebab ia hadir dengan ColorOS 14 yang mana ia bukan saja selamat untuk digunakan, malah ia sangat produktiviti serta mempunyai jangka hayat penyimpanan yang lama! 

Dengan ColorOS14 ni, korang boleh simpan gambar, teks atau fail penting ke dalam File Dock dengan mudah, hanya drag pilihan kegemaran korang merentasi aplikasi ke dalam File Dock. Senang kan? 

Selain itu, kalau korang nak edit gambar, korang dah tak perlu beratkan lagi telefon dengan aplikasi ketiga sebab ColorOS14 hadir dengan Smart Touch yang mana ia memudahkan untuk menangkap gambar, teks serta teks dalam gambar daripada tangkapan skrin.

Lagi best, ia juga hadir dengan Smart Image Matting yang mana ia dapat memotong sehingga enam subjek dengan pantas daripada gambar dan simpan gambar tersebut ke dalam File Dock, untuk memudahkan korang mengubahnya menjadi sticker untuk dikongsi. Bestnya!

Bukan itu saja, OPPO Reno11 F 5G ini juga dilengkapkan dengan OPPO AI Eraser yang akan release pada 10 April 2024, jadi nantikan lebih banyak update daripada OPPO Malaysia.

Signal Lebih Kukuh, Tiada Lagi ‘Buffering’ Dengan LinkBoost OPPO!

Siapa dekat sini selalu masalah dengan signal telefon lagi-lagi bila nak kena hantar mesej yang penting atau buat kerja di kawasan yang signal tak stabil, mesti korang annoyed kan?

Dengan LinkBoost daripada OPPO, korang dah tak perlu risau dah tentang signal tak stabil sebab ia dapat membantu untuk capai penghantaran signal 100% lebih tinggi dan penerimaan sebanyak 58.5% lebih kuat daripada peranti lain di pasaran tau. Seriuslah?!

Kalau korang nak tahu, LinkBoost menggabungkan pemilihan rangkaian AI dan reka bentuk 360 antena sekeliling darjah yang dapat beri isyarat paling stabil dengan hentian masa paling minimum.

Dengan LinkBoost daripada OPPO, tak kiralah korang berada dalam lif ke, dalam kereta yang tengah bergerak laju ke, di konsert atau di bawah tanah sekalipun, ia boleh boleh memberikan korang signal 87% lebih pantas daripada peranti lain di pasaran. Baguskan?!

OOTD Raya Confirm Letop, Kamera OPPO Reno11 F 5G Tak Pernah Mengecewakan!

Lagi beberapa minggu nak sambut Lebaran ni, selain OOTD Raya yang lawa, hasil tangkapan gambar pun penting juga tau! Barulah boleh muat naik di media sosial dengan confident betul tak? 

Kalau korang masih lagi menggunakan kamera profesional atau pinjam ahli keluarga yang mempunyai kamera telefon pintar berkualiti tinggi untuk tangkap gambar di pagi Raya, lebih baik korang dapatkan OPPO Reno11 F. Serius berbaloi!

Korang boleh dapatkan OPPO Reno11 F 5G ni pada harga RM1399 saja tau! Sangat berbaloi tau daripada beli kamera profesional yang mahal atau peranti lain! 

OPPO Reno11 F boleh didapati untuk prapesanan di OPPO Official Online Store, Shopee Official Store dan Lazada Official Store bermula 15 hingga 22 Mac 2024. Pelanggan yang membuat prapesanan dalam tempoh ini akan menerima kotak hadiah bernilai RM169.

Korang juga boleh dapatkan OPPO Reno11 F secara rasmi di pasaran pada 23 Mac 2023!

Pembelian pada 23 Mac hingga 11 April 2024, akan menerima hadiah bernilai RM169 di kedai yang disenaraikan di bawah:

Kedai fizikalKedai dalam talian
1. My OPPO Space
2. OPPO Brand Store
3. OPPO Authorised Dealers
4. Chain Store Partners
1. OPPO Official Online Store
2. OPPO Authorised Online Store
3. E-comm partners

Maklumat lanjut, klik saja pada pautan ini https://bit.ly/Reno11F-info.

Jadi, korang tunggu apa lagi? Cepatkan dapatkan OPPO Reno11 F 5G sekarang! Maklumat lanjut, layari laman web rasmi OPPO atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram!

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas