Connect with us

Oh! Media

 TANTIANA Filem Terakhir Buat Peminat Allahyarham Abam Bocey

Oh! Youtube

 TANTIANA Filem Terakhir Buat Peminat Allahyarham Abam Bocey

Cakap pasal filem banyak sangat genre yang ada kan? Ada aksi, cinta, komedi, thriller dan komedi seram. Setiap orang pasti ada genre filem kegemaran masing-masing yang mesti akan tertunggu untuk menonton di panggung wayang.

ADVERTISEMENT

Tapi kalau korang memang peminat tegar filem, mesti akan tengok semua jenis filem yang ada. Ada juga yang buat review lepas tengok filem tu untuk dikongsikan kepada pengikut, siap bagi rating filem tu best ke tak. Kebanyakan filem-filem antarabangsa selalu menjadi pilihan penonton. Tapi tak kurang juga buat filem tempatan yang sebenarnya seronok juga ditonton.

BACA: Sekolah Penting Atau Buang Masa?

Macam malam tadi (27 Februari 2024), Ohmedia dijemput ke tayangan perdana filem komedi seram bertajuk TAN-TI-ANA yang diterbitkan oleh Dream At Work Sdn Bhd (DAW) dengan kerjasama NHF Productions Sdn Bhd.

Filem ini diarahkan oleh Rosdi Md Dali yang menjanjikan kelainan luar biasa berbanding filem-filem komedi seram yang lain. Mengisahkan cabaran seorang pengarah, penulis skrip dan jurukamera yang ditekan seorang penerbit untuk buat penggambaran filem seram yang menampilkan saka misteri bernama Tantiana sebagai pelakon utama.

Bila tengok malam tadi, ramai juga pelakon popular macam Joey Daud, Atikah Suhaime, Zalif Sidek, Jay Iswazir, Dato’ Rahim Razali dan ramai lagi. Filem ini juga turut menampilkan lakonan pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey dalam naskah terakhir beliau.

Barisan penerbit, pengarah dan pelakon TANTIANA

Menurut penerbit filem ini Datuk M. Razlan Ismail, proses menghasilkan TAN-TI-ANA sangat mencabar kerana ia melalui satu fasa ujian yang sangat getir iaitu ketika Malaysia dan seluruh dunia berdepan dengan pandemik Covid-19 di mana filem ini terpaksa ditangguhkan buat seketika. 

Bukan itu sahaja, sewaktu proses penyiapan dan penyusunan kerja TAN-TI-ANA, mereka dikejutkan dengan berita dukacita pemergian Allahyarham Abam Bocey. Hasrat mengeluarkan filem ini untuk tontonan umum kini menjadi kenyataan kerana ini adalah harapan buat peminat Allahyarham terus mengingati dan menghargai karya seni beliau.

Penggambaran yang dijalankan sekitar 2018 dan menelan belanja sebanyak RM500 ribu ini merupakan filem pertama terbitan DAW dan NHF. Harapan mereka agar filem ini dapat mengukir kembali keceriaan dan kegembiraan serta gelak tawa buat semua penonton.

Korang teruja tak nak layan filem komedi seram ni? TAN-TI-ANA bakal ditayangkan di 50 buah pawagam tanah air mulai 29 Februari 2024. Boleh la ajak keluarga menonton kalau korang suka genre filem komedi seram.

Lagi dalam kategori Oh! Youtube

Ke Atas