Connect with us

Oh! Media

Janji Nak Bagi Kerja Tapi Remaja Perempuan Berusia 17 Tahun Diperkosa Sebanyak Dua Kali

remaja

Oh! Tidak

Janji Nak Bagi Kerja Tapi Remaja Perempuan Berusia 17 Tahun Diperkosa Sebanyak Dua Kali

Sekali lagi, kejadian ini bukan berlaku di negara ‘Konoha’ (Indonesia) tetapi berlaku dalam negara kita, Malaysia. Kejadian dilaporkan di Ampang Jaya apabila seorang remaja perempuan telah dirogol seorang lelaki yang menawarkan pekerjaan kepadanya.

ADVERTISEMENT

BACA: Pegawai Rendah Polis Pangkat Sarjan Didakwa Rogol Pelajar Perempuan Di Hadapan Balai

Mangsa berusia 17 tahun itu telah dirogol di sebuah hotel di Taman Dagang hari Selasa lalu. Suspek dikatakan telah menarik mangsa secara paksa untuk masuk ke dalam hotel kira-kira jam 2 pagi. sebelum dirogol.

Mangsa memaklumkan dirogol sebanyak dua kali oleh suspek di hotel yang sama.

Kata nak bawa jumpa majikan tapi lain pula jadinya..

Hasil siasatan mendapati punca kejadian berlaku apabila mangsa dijanjikan pekerjaan oleh suspek dan diajak untuk berjumpa dengan majikan. Namun suspek merogol mangsa tanpa kerelaan mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare turut memaklumkan pihaknya telah berjaya menahan suspek berusia 36 tahun yang bekerja sebagai peniaga di Ulu Langat pada 17 April.

Suspek berjaya ditahan pihak polis…

Hasil pemeriksaan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine. Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merujuk kepada amang seksual terhadap kanak-kanak.

Hukuman Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 hendaklah dihukum dengan pemenjaraan maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.

Silaplah buat benda terkutuk ni dekat remaja bawah umur bang oii..

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas