Connect with us

Oh! Media

Sarah Yasmin Kongsi Suara Aliff Aziz Merayu Dan Menangis Jangan Tinggalkannya

aliff aziz

Oh! Artis

Sarah Yasmin Kongsi Suara Aliff Aziz Merayu Dan Menangis Jangan Tinggalkannya

Selain dari bernyanyi dan berlakon, Aliff Aziz juga pandai merayu dan menangis. Apapun, Sarah Yasmin kali ini mendedahkan pula rakaman audio Aliff yang pernah merayu kepadanya supaya tidak berpisah.

ADVERTISEMENT

BACA: Skandal Bongkar Segala Perbualan Aliff Aziz Dengan Ruhainies Di WhatsApp

Perkara itu didedahkan kekasih gelap Aliff kepada pihak boom.malaysia di Instagram di mana Sarah memainkan rakaman suara perbualannya bersama Aliff.

Aliff Aziz menangis dan merayu sampai sanggup bagi telefon kepada Yasmin…

Awak cakap apa, awak dah tak nak saya? Sumpah awak nak tinggalkan saya? Sumpah awak dah tak sayangkan saya?

Saya bagi telefon saya kat awak, apa salah saya? Saya bagi telefon saya.

Saya berkongsikan perkara itu selepas Ruhainies mendakwa Sarah menggunakan cara kotor untuk mendapatkan bukti dalam telefon Aliff.

Boleh dengarlah Aliff sendiri yang bagi telefon kepada saya. Kenapa dia nangis-nangis pula sebab ada la pergaduhan kami sana sini dan saya cakap nak tinggalkan dia.

Bukan sekali pun benda ni jadi, dah berapa banyak kali. Tapi benda sama jadi, kalau nak tinggalkan dia jadi macam ni.

Saya nak tinggalkan dia bukan sebab tak sayang ke apa tapi pada masa itu ini cuma taktik sebab bagi saya, kalau dia nak terus hidup macam 2019 dulu, saya tak nak ada untuk benda tu.

Sarah Yasmin persoal tindakan Ruhainies cuba fitnah dirinya sedangkan dia ada semua bukti…

Dalam perkongsian Chacha Maembong pula, ada perbualan bersama Ruhainies yang mengatakan Sarah meletakkan barang di dalam air Aliff untuk mendapatkan rakaman Ruhainies bersama Aliff.

Tapi tak, saya minta maaf Ruhainies. Saya dapat perbualan tu sebab ‘minah’ ni yang selalu ada dengan dia hari-hari. Dia kalau nak cakap macam tu, itu dah diibaratkan satu fitnah.

Saya tak tahu kenapa dia nak fitnah saya macam tu sedangkan dia tahu yang saya ni dah dengan Aliff.

Dia tahu sebab kami dah berbual dan dia sendiri cakap dia nak undur diri. Awak dah tahu saya dengan Aliff, jadi kenapa nak buat fitnah yang saya ni letak barang dalam air Aliff.

Ruhainies juga dah keluarkan kenyataan permohonan maaf dan nak berjumpa katanya tu. Diharapkan siapa yang salah tak perlulah berselindung lagi dan beranikan diri untuk buat penjelasan penuh untuk menyelesaikan semua permasalahan.

Kredit: boom.malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas