Connect with us

Oh! Media

Cinta Pertama? Susah Ke Nak Move On?

Oh! Youtube

Cinta Pertama? Susah Ke Nak Move On?

Cakap pasal cinta mesti semua tersipu malu kan? Siapa je tak suka bercinta? Kita semua mesti pernah bercinta dalam hidup atau kalau tak pernah bercinta pun, mesti ada suka seseorang dalam diam kan? Tapi, cinta pertama atau first love adalah satu ungkapan yang istimewa bagi setiap orang.

ADVERTISEMENT

Korang semua mesti ada first love masing-masing kan ? First love ni bermaksud bila kedua-dua pasangan tu memang ada suka antara satu sama lain dan bersungguh-sungguh dalam menjalin hubungan. Orang kata cinta pertama ni kita ada instinct yang kuat menyatakan dia adalah satu-satunya untuk kita.

Cinta pertama ni tak sama dengan cinta monyet, ye lah mestilah bila bercinta nak ‘dia’ lah cinta pertama dan terakhir kita. Percintaan yang berputik tu mestilah kena ada usaha dan bersungguh untuk ke peringkat seterusnya kan? Tapi, setiap orang merasai pengalaman cinta pertama tu berbeza. 

Tapi, tak semestinya cinta pertama kita itu berakhir dengan perkahwinan. Kebanyakannya, fasa nak move on tu lah tu lah paling berat untuk kita. Ada yang berpendapat nak move on dari cinta pertama ni susah. Ye lah sebab kita dah sayang sepenuhnya si ‘dia’, tapi tetap akan putus. Sebab jodoh semua di tangan Allah. 

Ada jer yang berpendapat tak susah pun nak move on dari cinta pertama, cuma dia mengambil masa je sama ada cepat atau lambat. Sebab cinta pertama ni mengajar kita untuk kenal hati budi seseorang atau merupakan suatu proses belajar. Untuk sesetengah individu, agak susah untuk move on sebab kita dah rasakan dia memang cinta pertama dan akhir.

Korang rasa macam mana? Susah ke tak nak move on dari cinta pertama?

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Youtube

Ke Atas