Connect with us

Oh! Media

Nak Bercuti Ke Bangkok? Jom Cuba 5 Aktiviti Menarik Di Sana

Oh! Travel

Nak Bercuti Ke Bangkok? Jom Cuba 5 Aktiviti Menarik Di Sana

Bangkok merupakan destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia lagi-lagi rakyat Malaysia walaupun bandarnya agak sibuk.

ADVERTISEMENT

Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Bangkok jika korang tahu ke mana nak pergi.

Jom kami kongsikan 5 lokasi menarik dan aktiviti yang korang boleh lakukan ketika bercuti di Bangkok.

The Grand Palace dan Emerald Buddha

Walaupun lokasi ini sesak dengan kehadiran ratusan ribu pengunjung, korang kena datang dekat sini sebab sangat berbaloi buat korang yang suka melihat keunikan dan kehebatan seni bina di sini.

Dibina pada tahun 1782 dan merupakan bekas kediaman kerabat diraja Thailand. Sudah pasti korang tak nak lepaskan peluang melawat lokasi ni. Bukan itu sahaja, ia menempatkan Temple of the Emerald Buddha yang merupakan kuil suci Buddha utama di negara Thailand.

Keindahan, keunikan dan ketelitian dalam membina seni bina ini pasti membuatkan korang terpegun ketika melawatinya. Sambil bercuti sambil mengetahui sejarah sikit kan?

Sungai Chao Phraya

Kalau korang nak menikmati keindahan Bangkok dari sudut yang berbeza, boleh la menaiki bot di Sungai Chao Phraya.

Ketika menaiki bot, di sepanjang sungai, korang akan nampak tokong yang terletak di tepi sungai, hotel-hotel mewah dan bangunan kolonial usang.

Sekitar 14 Baht je untuk korang menikmati pengalaman luar biasa di Bangkok ni dan kalau nak menikmati pemandangan yang berbeza boleh juga cuba naik bot pelancongan.

Pasar Terapung

Rugilah kalau tak mengunjungi pasar terapung dekat Bangkok ni yang menjadi tumpuan orang ramai dan merupakan lokasi yang popular di Bangkok.

Dekat sini dipenuhi dengan pelbagai barangan menarik yang korang sendiri akan rambang mata. Bukan setakat makanan, pakaian, barang peribadi dan macam-macam lagi ada jual.

Korang juga berpeluang beramah mesra dan berbual dengan penduduk setempat di sini. Ianya bergantung kepada keselesaan korang nak pergi pasar terapung yang padat dengan pengunjung ke ataupun pasar terapung yang tenang.

Yang pasti pasar terapung ni memang banyak je sebab keunikan mereka menjual di atas bot.

Nikmati ‘Street Food’ di Bangkok

Tak sah la kalau dah datang Bangkok ni tak cuba makanan jalanan dorang kan? Sebab utama pelancong datang ke sini pun kerana ‘street food’ mereka yang pelbagai dan menarik.

Bangkok merupakan negara yang mempunyai banyak gerai makanan jalanan hampir di semua tempat kerana penduduk tempatan mereka gemar makanan di sini. Banyak pilihan menu yang korang boleh dapat pada harga yang berpatutan.

Tapi, kalau muslim kena berhati-hati dan peka dalam memilih tempat makan sebab ye lah tak semua gerai makanan di sana ada halal. Korang masih boleh menikmati hidangan gaya Thai di Bangkok dan halal di sana jika pandai membuat pilihan dan rujukan.

Melegakan Keletihan Dengan Thai Massage

Thailand memang sinonim dengan kedai urutan badan di sana. Dah penat berjalan dan berbelanja seharian di Bangkok, kenalah legakan badan dengan ‘Thai Massage’.

Kalau jalan dekat sana, banyak kedai-kedai urutan ni sepanjang perjalanan dan mustahil untuk korang tak dengar “massage”, “massage” daripada tukang urut sepanjang perjalanan.

Urutan di Thailand sudah popular kerana ia merupakan proses urutan “deep” dan regangan serta teknik dan proses itu sangat membantu aliran darah kita serta menyihatkan.

Fuh bila dah lega kena urut tu, esok pun boleh sambung jalan-jalan dekat Bangkok.

Sebenarnya banyak je aktiviti menarik yang korang boleh buat dekat Bangkok selain makan dan berbelanja. Apapun harapnya perkongsian ni membantu korang yang cari aktiviti nak ke Bangkok.

Kredit: melancong.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas