Connect with us

Oh! Media

Sejarah Oh! Media & Segalanya

Kumpulan besar iMedia.

Hai Awak!

OHMEDIA adalah portal berita yang menyajikan berita terkini dan viral setiap hari untuk bacaan jutaan peminatnya. Kami memperkasakan bidang ini dengan mengumpulkan pelbagai artikel secara santai, menghiburkan, dan sentiasa neutral. Dengan sokongan jutaan pengikut di media sosial sejak dulu, kami memanfaatkan kelebihan ini sepenuhnya untuk mendidik pembaca mendapatkan berita sahih dengan lebih mudah, pantas, menarik, dan percuma sahaja setiap hari! Kami bertekad untuk tidak menjadi ‘skema’ seperti tabloid biasa, namun tetap mengutamakan penulisan yang betul dan rasmi namun masih indah untuk di baca.

Sebelum itu, jom jadi sebahagian daripada geng #ohmedia di pelbagai platform seperti Facebook, X (Twitter), Instagram, dan TikTok untuk mendapatkan maklumat yang lebih cepat dan tepat. Jika anda lebih gemar menggunakan Telegram untuk mendapatkan pelbagai update terbaru dari Ohmedia, kami juga ada di sana!

Enjoice!


Ini kisah kami.

Header Oh! Media dengan tulisan Social Media, Web & Advertising Company.

Tahun 2008, Oh Media Network (kini dikenali sebagai Oh! Media, Oh Media Sdn Bhd) telah diasaskan oleh seorang blogger tempatan bernama Khai Hassan, semasa beliau masih lagi menuntut di Limkokwing University. Tanpa kewujudan media sosial ketika itu, industri blogging ketika itu sedang berkembang pesat dan Khai berjaya menempatkan dirinya dalam kalangan Top 10 Blogger & influencer terkemuka di Malaysia, dengan pengikut yang ramai dan mempunyai pengaruh yang signifikan.

Tahukah pada, sebelum nama Oh! Media ini tercipta, ianya telah bermula dengan dua laman web yang berbeza iaitu Oh! Artis dan Oh! Tidak. Ianya mula dicipta dari atas meja Mamak bertemankan sebuah laptop usang dan secawan Teh O Ais. Sehingga ke hari ini, Mamak Hameedia di Desa Pandan masih kami anggap sebagai “office” pertama Oh! Media secara tidak rasmi yang mana pada ketika itu, WiFi percuma di sana telah digunakan sebaik mungkin tanpa prejudis tak kira siang atau malam. Wohha!

Bermula dari dunia forum.

Oh! Media Pada Tahun 2010

Asas penjenamaan Oh! Media telah bermula lebih awal dengan forum “scukz.com” sejak Khai di bangku sekolah lagi, yang ketika itu populariti forum tersebut telah menjadi satu fenomena. Fenomena ini membawa kepada pengembangan daripada sekadar kategori di dalam forum kepada beberapa siri laman web dan blog. Antara laman yang terhasil termasuk laman hiburan seperti ohartis.com, laman agama ohislam.com, dan laman bebas untuk pelbagai gambar serta fakta menarik, ohtidak.com.

Pada masa yang sama, blog peribadi juga telah berkembang pesat seperti justkhai.com, yang masih boleh diakses hingga ke hari ini dan mendapat sambutan hangat daripada ribuan pembaca setiap hari. Mengikut arus perkembangan teknologi, pada tahun 2015, semua blog dan forum ini telah digabungkan menjadi kategori di bawah satu domain utama, iaitu www.ohmedia.my yang sedang anda layari pada hari ini. Langkah ini bertujuan untuk menghimpunkan semua topik menarik dalam satu platform yang serba lengkap dan mudah diakses oleh semua.

Paparan surat khabar yang menceritakan tentang Oh! Media.

Hari silih berganti, komitmen terus dicurahkan untuk meneruskan misi perkongsian pelbagai cerita menarik tanpa pernah terhenti. Usaha ini telah membawa Oh! Media disenaraikan sebagai jenama paling popular di Malaysia oleh Facebook & Social Bakers. Hari ini, Oh! Media telah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk bacaan harian dan juga pilihan utama bagi pemasaran jenama mereka.

Fakta menarik: Oh! Media dibangunkan secara seorang diri sahaja oleh pengasasnya sehinggalah tahun 2018 apabila Oh! Media mengembangkan sayapnya dengan memulakan pengambilan staff secara rasmi.


Team original Oh! Media

Fokus kami pada hari ini.

Sejak dari awal, Oh Media Sdn Bhd didaftarkan sebagai sebuah jenama media dan pemasaran yang memanfaatkan medium berharga ini semaksimum mungkin. Sebagai trendsetter dalam penyajian berita dari pelbagai kategori secara santai dan bersahaja, fokus utama kami adalah untuk menjadi wacana harian paling menarik di negara ini. Matlamat kami adalah untuk menarik minat golongan muda di Malaysia agar dapat mengetahui peristiwa terkini dengan lebih cepat, tepat, dan dalam masa yang sama, memastikan ia tetap menghiburkan untuk dibaca.

Dengan perkongsian pelbagai berita menarik setiap hari, ohmedia.my berjaya merekodkan hampir 10 juta kunjungan setiap bulan. Lebih mengagumkan lagi, pengikut di barisan media sosial kami telah melebihi 5 juta rakyat Malaysia yang sentiasa setia berada di belakang Oh! Media.

Senarai jenama paling popular di Malaysia menurut Social Bakers.

Pencapaian ini menjadikan Oh! Media kekal di tangga pertama sebagai jenama terkemuka, bersaing dengan banyak jenama besar lain, termasuk klien kami sendiri. Woah!

Paparan skrin laptop yang menunjukkan Facebook Page Oh! Media.

Kisah Tentang Gabungan Semua Website.

Dengan gabungan pelbagai website popular di bawah OH MEDIA NETWORK seperti blog peribadi Justkhai (kini Oh! Khai), Oh! Artis, Oh! Tidak, Oh! Islam, Oh! Geekz (kini Oh! Tech), dan banyak lagi, ohmedia.my kini menjadi portal terbesar dalam kelasnya. Laman ini menyajikan pelbagai berita harian paling menarik untuk melengkapkan ‘daily doses’ anda setiap hari.


Misi Tahun 2020 & Seterusnya.

Gambar kumpulan iMedia & Oh! Media pada tahun 2020.

Sebahagian team Oh! Media pada hari ini.

Tahun 2020 telah menyaksikan pengambil-alihan dan penggabungan Oh Media Sdn Bhd bersama rangkaian iMedia Asia Sdn Bhd (Catcha Digital) secara rasminya telah dimeterai. Penggabungan ini telah menjadikan Oh! Media sebahagian daripada gergasi industri digital media dan pemasaran di Malaysia bersama beberapa lagi jenama tempatan lain, di bawah satu bumbung.

Jadi begitulah kisah tentang Oh! Media yang sebelum ini mungkin anda tidak pernah tahu. Dari sebuah hobi seorang anak muda serba kekurangan dan kini terus berkembang kepada sebuah jenama yang disegani dengan sokongan anda semua. Terima kasih kerana membaca hingga ke tahap ini dan teruskanlah menyokong kami apa-adanya.

We lead, others follow.

– KHAI HASSAN
Pengasas & Pengarah Oh Media Sdn. Bhd.
www.justkhai.com

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas