Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Berang Digelar Sebagai Peminat, Sarah Yasmine Dedah Meerqeen Curang Siap ‘Check In’ Hotel

Pendedahan terbaharu Sarah Yasmine mengejutkan ramai pihak kerana bukan lagi pasal Ruhainies atau Sophia Albarakbah, tapi pelakon popular Meerqeen.

Difahamkan wanita itu mendakwa Meerqeen bermasalah dan curang semasa masih bersama dengan Anna Jobling.

IKLAN

BACA: Sarah Yasmine Berang Sophia Albarakbah Acah-Acah Suci, Kantoi Chat Dengan Aliff

Sebelum ini Meerqeen mengeluarkan kenyataan tidak mengenali Sarah dan mengatakan wanita itu peminatnya.

Tidak berdiam diri, Sarah terus memuat naik screenshot perbualannya dengan pelakon itu di WhatsApp untuk membela dirinya.

Saya tidak pernah meminati Meerqeen. 2019 di TikTok? Mungkin sebab dia kacak.

Tapi selepas video pada 2019, saya tidak pernah bercakap dengannya walaupun sekali sehinggalah pada Ogos 2022.

Bukti Meerqeen curang

Di dalam tangkap layar yang dikongsi, Sarah mendakwa Meerqeen telah curang ketika bersama Anna namun pelakon itu tidak mengaku.

Sarah juga meluahkan rasa geram kerana ada pengguna di X mendakwa melihat pelakon itu bersama dengan seorang wanita di sebuah hotel.

Dia tunjuk semua orang.

Taknak nampak dia salah.

Sarah juga mengaku dia merupakan wanita yang rapat dengan pelakon popular itu selepas berpisah dengan Anna Jobling sekitar 2023.

Saya wanita selepas Anna. Mereka putus cinta dan kemudian saya datang.

Wanita itu juga menegaskan dia dan Anna sudah berkawan selepas berpisah dengan Meerqeen.

Setakat ini aktor itu masih mendiamkan diri selepas semua bukti didedahkan oleh Sarah Yasmine.

Makin berpanjangan isu ini sampai nama Meerqeen pun dipetik. Apa-apa pun kita tunggu kenyataan dari Meerqeen.

Kredit: Instagram @sarahyasminekh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas