Trending
“Kita Dah Sampai” – Mutawif Pimpin Jemaah OKU Penglihatan Tunai Umrah, Sebak Bila Sampai Depan Kaabah
Mempunyai kekurangan untuk melihat bukanlah penghalang beberapa jemaah ini untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.
BACA: Dua Bintang Bola Sepak Dunia Tunai Umrah Selepas Berpindah Ke Arab Saudi
Baru-baru ini, tular video memaparkan sekumpulan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan mengerjakan ibadah umrah sambil dipimpin oleh mutawif.
Jelas terlihat di dalam video yang dimuat naik oleh syarikat pengendali umrah dan haji iaitu Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, sekumpulan jemaah OKU penglihatan ini dipimpin oleh mutawif untuk melakukan tawaf.
Bahkan, ada juga seorang wanita yang membantu menyuruh jemaah lain untuk ketepi bagi memberi laluan kepada mereka sewaktu menuju ke Kaabah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak apabila menonton video tersebut dan mendoakan urusan mereka dipermudahkan di sana.
Kredit: Beautifulnara | TikTok @umrahandalusiadotcom
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM