Connect with us

Oh! Media

Agak-agak berapa minimum elaun untuk tahun ni?

Oh! Youtube

Agak-agak berapa minimum elaun untuk tahun ni?

Isu elaun untuk pelatih industri atau ‘intern’ masih menjadi bualan hangat. Ye lah, bila tahun meningkat pasti kadar ekonomi juga meningkat. Cakap je pasal elaun untuk intern, mesti ramai berpendapat elaun yang diberikan tak munasabah dan ada juga sesetengah syarikat yang tak bagi pun elaun dekat intern.

ADVERTISEMENT

Untuk tahun yang baru ni, mestilah sesetengah intern mahukan sedikit perubahan pada kadar elaun yang diberikan. Ada berpendapat intern perlu mendapat elaun sebanyak RM500 hingga RM1,000 kerana taraf ekonomi dan kehidupan telah pun meningkat. Kalau korang perasan, harga barang sekarang pun dah naik. Jadi, memang patut sesetengah syarikat perlu menambah jumlah elaun intern yang sewajarnya mengikut jawatan yang dipilih.

Kalau yang kena intern dekat kawasan Kuala Lumpur, lagi tinggi lah kadar kehidupan mereka. Ye lah, nak bayar duit rumah sewa, pengangkutan, makanan dan belanja harian.

Mana cukup RM500 kalau dapat sebagai elaun? Ye lah kadar rumah sewa pulak sekarang bukan main tinggi harga setiap bilik. Itu pun bergantung kepada kawasan dan kemudahan yang disediakan.

Apapun, kalau korang pandai berjimat-cermat, mungkin memang cukup je elaun tu untuk bertahan setiap bulan. Kadang-kadang sebagai seorang pelajar, kena pandai juga pikirkan apa yang terbaik buat diri. Kalau rasa nak jimat lebih dengan elaun yang sedikit, cari lah tempat intern yang dekat dengan kawasan rumah yang tinggal bersama keluarga.

Dapatlah jimat dari segi makanan atau pengangkutan kan? Ada juga terpaksa mencari kerja separuh masa sebagai cara untuk mereka cari duit lebih demi menampung kos sara hidup. Sesetengah intern tak mahu susahkan ibu bapa, jadi nak tak nak kena la cari cara untuk bertahan.

Syarikat pun perlu juga pertimbangkan elaun yang diberikan kena setimpal dengan kerja. Kalau kerja dah macam pekerja tetap, tapi elaun sedikit sangatlah tak wajar ye. Apa-apa pun diharapkan tahun ni, adalah perubahan dari segi kadar elaun intern ni. Apa pulak pendapat korang?

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Youtube

Ke Atas