Connect with us

Oh! Media

“6 Bulan Tak Bayar Baru Tarik” – Risau Tak Ada ‘Transport’, Ruhainies Tak Bagi Aliff Hantar Kereta Bella

Bella Astillah 4

Oh! Artis

“6 Bulan Tak Bayar Baru Tarik” – Risau Tak Ada ‘Transport’, Ruhainies Tak Bagi Aliff Hantar Kereta Bella

Tidak mahu merumitkan lagi keadaan, Aliff Aziz ada meluahkan hasrat untuk menghantar semula kereta yang dihadiahkan Bella Astillah.

Perkara itu didedahkan Sarah Yasmine menerusi perbualan chat yang diambil di telefon Aliff sendiri.

BACA: Skandal Bongkar Segala Perbualan Aliff Aziz Dengan Ruhainies Di WhatsApp

IKLAN

Tetapi, Ruhainies dipercayai melarang Aliff berbuat demikian kerana bimbang tiada ‘transport’ untuk bergerak ke mana-mana.

Kereta bella 1

Ruhainies sebaliknya mencadangkan pelakon berkenaan supaya menghantar kereta ke bengkel untuk ‘check’ dan buang perakam yang ada.

Kereta bella 2

Tulis Nur Ruhainies Farehah lagi, kereta hanya akan ditarik oleh pihak bank sekiranya ada bayaran tertunggak selama 6 bulan.

Ruhainies juga mencadangkan Aliff menukar nama kenderaan tetapi Aliff menjelaskan dia sebenarnya tak ada lesen. Aliff juga buntu bagaimana untuk membayar pinjaman kereta berkenaan.

Kereta bella 3
Kereta bella 4
Kereta bella 5

Berdasarkan chat, Ruhainies nampaknya bertegas mahu Aliff menggunakan kereta Bella untuk bergerak ke mana-mana.

Tetapi Aliff tawakal dengan keputusan memulangkan kereta dan menuruti arahan ibunya supaya balik ke Singapura.

Kredit: Instagram Sarah Yasmine

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas