Connect with us

Oh! Media

Apa Kenangan SPM Korang?

Oh! Youtube

Apa Kenangan SPM Korang?

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun bermula pada 8 Januari 2024 sehingga 7 Mac 2024. Mesti semua calon SPM tengah gementar atau takut nak menduduki SPM kan?  Lagi-lagi sekarang memang silibus subjek pun dah berubah. Tapi, cakap pasal SPM mesti korang semua ada beberapa kenangan manis atau pahit masa menduduki SPM.

ADVERTISEMENT

Kita tahu yang SPM ni adalah satu titik permulaan bagi seorang pelajar untuk menentukan arah tujuan kerjaya selepas tamatnya persekolahan. Ye lah, mungkin akan ada yang mengambil keputusan nak sambung belajar ke peringkat universiti atau ada juga yang nak terus bekerja demi menyara kehidupan.

Masa SPM ni lah menunjukkan diri kita jenis pelajar yang macam mana. Ada yang jenis belajar awal dan ada juga yang jenis belajar saat akhir. Semua bergantung pada diri sendiri nak jadi pelajar yang bagaimana.

Tak kisah la belajar awal ke saat akhir ke janji, masa SPM dah ada persiapan yang cukup untuk jawab kertas soalan.

Paling penting sebelum menduduki SPM dapatkan restu dari ibu bapa dan juga guru untuk doakan kita.  Cakap pasal kenangan SPM, mesti ada je kenangan saat itu. Mungkin ada yang suka ikatan dengan kawan-kawan dan guru tu satu kenangan manis, sebab masa tu lah kita rapat untuk belajar bersungguh-sungguh.

Ada juga bagi individu masa meniru dalam dewan tu satu kenangan. Apa-apa pun zaman persekolahan ni lah zaman yang kita semua akan merindui saat dewasa nanti.

Kalau masa SPM mesti semua ada subjek kegemaran kan? Lagi-lagi bila dah suka subjek tu mesti nak score subjek tu untuk lulus. Kebanyakan calon suka subjek Sejarah sebab senang nak hafal, ada juga yang suka subjek Kimia. Semua bergantung dengan apa yang kita suka dan paling penting ada minat nak belajar.

Ohmedia mengucapkan selamat maju jaya kepada calon SPM pada tahun ini. Diharapkan dapatlah cipta pelbagai kenangan masa SPM ni. 

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Youtube

Ke Atas