Connect with us

Oh! Media

Akaun 3 KWSP Akan Dibuka, Ini Syarat Dan Cara Memohon

Trending

Akaun 3 KWSP Akan Dibuka, Ini Syarat Dan Cara Memohon

Pengumuman yang paling ditunggu-tunggu! Mesti semua tengah gembira dengan penambahan Akaun 3 bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibawah usia 55 tahun.

ADVERTISEMENT

Pemindahan wang dan segala transaksi ke Akaun 3 atau Akaun Fleksibel itu boleh dibuat bermula 11 Mei depan.

BACA: Akhirnya Anwar Ibrahim Umum Akaun Fleksibel KWSP, Boleh Akses Pada Bila-Bila Masa

Menurut laporan mStar, pengumuman ini dibuat susulan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP. Sebelum itu, jom ketahui syarat dan cara mohon pindah wang.

Akaun 3 ini merupakan akaun baru terdiri daripada 10 peratus jumlah simpanan dan bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangan pendek ahli.

Syarat dan cara memohon

Semua ahli KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia yang belum mencapai umur 55 tahun terlibat dalam penstrukturan semula akaun KWSP.

Antara syarat-syarat pengeluaran Akaun Fleksibel adalah:

  1. Semua ahli KWSP termasuk bukan warganegara Malaysia.
  2. Belum mencapai umur 55 tahun.
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
  4. Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

Setelah penstrukturan ini dilaksanakan, baki simpanan Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal di dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan sifar.

Ahli KWSP boleh membuat pilihan pindaan amaun bermula 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024. Pindaan hanya boleh dibuat sekali sahaja dan tidak boleh dibatalkan.

Tindakan pindahan ke Akaun Felksible dibuat dalam tempoh 3 hingga 5 hari.

Sekiranya ahli tidak boleh membuat pilihan amaun permulaan, caruman baru akan dikreditkan ke Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel serta pengeluaran tertakluk pada terma dan syarat semasa.

Ini adalah kaedah permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel:

  1. Boleh memohon secara online melalui KWSP i-Akaun.
  2. Kaunter KWSP.

Seterusnya, bayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Untuk maklumat lebih lanjut, ahli KWSP boleh layari laman web KWSP .

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas