Connect with us

Oh! Media

Pengurus Bella Astillah Dakwa Caprice Berniat Jahat

bella astillah

Oh! Artis

Pengurus Bella Astillah Dakwa Caprice Berniat Jahat

Semakin banyak perkara didedahkan, semakin banyak juga pihak yang akan bersuara untuk mempertahankan hak mereka. Ketika ini, pengurus kepada Bella Astillah pula bersuara menjelaskan fitnah yang dikeluarkan Caprice.

ADVERTISEMENT

Pengurus Bella yang dikenali sebagai Niel Rafeq mendakwa Caprice mempunyai niat jahat terhadap Bella kerana bertindak menyebarkan gambar, video dan tiket penerbangan milik Bella dan Muaz Zubir.

Tiket penerbangan itu membuatkan ramai pihak mula memfitnah Bella pergi bercuti bersama Muaz sebaliknya mereka terbang bersama atas urusan kerja.

Bukan hanya itu, Niel juga sentiasa bersama Bella dan penerbangan ibu berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu ketika ke Jogjakarta, Indonesia dan Labuan.

Keterangan mengenai kewujudan 400 gambar, video dan tiket penerbangan yang dimuat naik oleh individu dikenali sebagai Caprice sangat berniat jahat.

Apabila perkara itu kembali dikongsi di media sosial, ia membuka aib lebih banyak ruang untuk orang lain menabur fitnah. Jadi, apa motif dan niat sebenar Caprice berbuat demikian?

Sebagai individu yang bekerja dengan Bella, saya ada disetiap masa dan tempat. Ingin dijelaskan tiket penerbangan dimaksudkan itu adalah ketika Bella berada di jogjakarta dan Labuan. Hanya dua kali sahaja penerbangan yang melibatkan Muaz.

Bukti pengurus Niel Rafeq ikut Bella Astillah…

Caprice seharusnya tidak terlepas pandang dan kaji dahulu fakta sebelum sebar..

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas