Connect with us

Oh! Media

Janda Ditangkap Khalwat 2 Kali, Jadi Wanita Pertama Terima Hukuman Sebat

Oh! Tidak

Janda Ditangkap Khalwat 2 Kali, Jadi Wanita Pertama Terima Hukuman Sebat

Tak sangka seorang wanita yang bergelar ibu sanggup melakukan perkara tak senonoh. Difahamkan walaupun sudah ada anak, Nurfifi Amira Nawi masih tidak serik dan telah ditangkap khalwat sebanyak 2 kali.

ADVERTISEMENT

BACA: Pertandingan Pakaian Beragam Janda-Janda Daerah Temerloh Dibatalkan

Setelah mengaku bersalah melakukan kesalahan khalwat berulang, Hakim Kanan Syarie Rosdi Harun di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman sebat ke atas wanita berkenaan.

Menurut laporan Kosmo, Nurfifi bekerja sebagai juruwang telah menjadi wanita pertama terima hukum sebat di Terengganu.

Tertuduh yang lakukan kesalahan berulang ini dikenakan enam sebatan serta denda RM4,000 dan berdepan dengan hukuman lapan bulan penjara sekiranya gagal bayar denda.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang memperuntukkan hukuman maksimum enam sebatan, denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

Wanita ini berkhalwat dengan seorang lelaki berusia 40 tahun di sebuah rumah di Taman Geliga, Kemaman pada pukul 3.15 petang, 31 Januari lalu.

Pengakuan yang dibuat oleh tertuduh menjadikan dia sebagai pesalah kedua atas kesalahan berulang.

Terdahulu, Nurfifi dilaporkan pernah ditangkap berkhalwat dan didenda RM3,000 atas kesalahan ini pada 2018.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas