Connect with us

Oh! Media

dadah

Oh! Tidak

Penganggur Mengaku Bawa Anak Isteri Mengemis Untuk Beli Dadah

Betul ke masyarakat kita semakin tenat? Mungkin tidak semua tapi golongan seperti inilah yang patut kita beri lebih perhatian untuk bantu mereka. Samalah seperti kisah seorang penganggur yang meraih simpati mengemis untuk membeli dadah.

Lebih parah apabila lelaki ini turut tergamak membawa isteri dan dua orang anaknya untuk mengemis di sekitar kawasan bank dan kedai makan di Sungai Petani.

IKLAN

Lelaki berusia 24 tahun itu mengakui perbuatannya itu selepas diserbu pihak polis. Cara mereka mengemis adalah dengan mendakwa anak-anaknya mengidap pelbagai penyakit dan memohon bantuan orang yang lalu di kawasan itu untuk menampung kos rawatan.

Ketua Operasi Bantuan Murtadha Dakwa Centre (Madadcare), Muhammad Ridzuan Osman berkata pihaknya turut terkejut dengan penangkapan keluarga itu.

Pasangan ini ada dua anak berusia setahun lapan bulan dan sembilan bulan. Baru semalam kami bantu keluarga itu dapatkan rumah bagi tempat tinggal sementara, tapi rumah itu sudah pun jadi ‘port’ hisap dadah.

Kami akui terkejut selepas tuan rumah memaklumkan perkara itu selepas dia ke rumah tersebut untuk melihat keadaan anak-anak mereka.

Lelaki itu mengaku hasil minta sedekah setiap hari digunakan untuk membeli dadah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat turut mengesahkan penahanan lelaki itu. Isteri suspek bagaimanapun dibebaskan selepas keterangan diambil.

Suspek turut mengaku mengambil dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 A (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas