Connect with us

Oh! Media

Malas Bersesak Di Tempat Viral? Ini 5 Lokasi Bazar Ramadan Best Korang Kena Pergi Sekitar Selangor

bazar selangor

Oh! Travel

Malas Bersesak Di Tempat Viral? Ini 5 Lokasi Bazar Ramadan Best Korang Kena Pergi Sekitar Selangor

Bagi penduduk di sekitar Lembah Klang, agak-agaknya lokasi bazar Ramadan mana menjadi pilihan korang untuk berbelanja kali ini?

ADVERTISEMENT

BACA: #JUADAH Ini 9 Makanan Paling Popular Laku Keras Ketika Bulan Ramadan

Antara lokasi ‘wajib’ singgah yang sering menjadi sebutan ramai mestilah bazar Ramadhan TTDI, bazar Ramadhan Bukit Bintang, bazar Ramadhan Bangsar, bazar Ramadhan Jalan TAR, bazar Ramadhan Kampung Baru dan banyak lagi lokasi lain.

Paling viral dan sesak di KL

Tapi, get ready untuk bersesak dengan orang ramai dan beratur panjang sebab lokasi yang disebutkan ini memang popular habis!

Ha, bagi mereka yang malas nak bersesak di tempat ‘viral’ di atas, di sini kami nak senaraikan 5 lokasi bazar sekitar Selangor yang korang boleh kunjungi. Tak cuba tak tahu!

Kinrara

Kredit: TikTok Puchong Viral

Bagi penduduk sekitar Kinrara yang tak nak pergi jauh, korang boleh singgah ke bazar yang beralamat Bandar Kinrara 5 (Jalan BK5A/1).

Di sini terdapat banyak pilihan makanan yang semuanya sedap-sedap belaka. Jangan rambang mata pula ya?

Subang Jaya

Kredit: TikTok nljtshahalam

Rupa-rupanya bazar Ramadan yang terletak di USJ 4, Subang Jaya ini popular juga bagi penduduk sekitar Subang. Di sini ada banyak gerai yang mampu menepati cita rasa korang, nak makanan Pantai Timur? Nak nasi arab? Semua ada dijual.

Puchong

Kredit: TikTok Puchong Viral

Untuk warga Puchong pula, korang boleh pilih antara dua lokasi iaitu Taman Puchong Indah (Jalan Indah 2/1)  atau Taman Puchong Prima (Jalan Prima 5/4).

Paling istimewa di bazar Taman Puchong Prima, di sini ada menu kerabu air asam perut lembu muda, air asam paru, kerabu ikan bilis, kerabu kaki ayam dan banyak lagi!

Serdang dan Seri Kembangan

Kredit: TikTok cateringhidayah

Siapa pernah ke bazar di sekitar Serdang dan Seri Kembangan? Dengarnya di sini, bazarnya boleh tahan meriah juga dengan pelbagai pilihan lauk pauk.

Kepada penduduk sekitar, kami cadangkan korang ke bazar Taman Seri Serdang, Taman Equine atau Taman Puncak Jalil.

Apa-apa pun dalam berbelanja, pastikan korang mengelakkan pembaziran dan menjaga kebersihan diri ketika berada di luar rumah.

Kekal terlindung dengan Krim Mandian Antibakteria Safi

Jangan lupa untuk melindungi diri dan keluarga daripada bakteria dengan Krim Mandian Antibakteria Safi yang membasmi 99.9% kuman. Barulah confident nak cari makanan favourite korang dekat bazar nanti!

safi kv bazar

Paling best, Safi nak belanja pek krim mandian antibakteria kepada pengunjung bazar di beberapa lokasi terpilih mengikut tarikh berikut;

  • Taman Equine (Jalan PP18) pada 19 Mac 2024
  • Taman Puncak Jalil (Jalan PUJ 3/2) pada 18 Mac dan 29 Mac 2024
  • Taman Seri Serdang (Jalan 18/35) pada 20 Mac dan 27 Mac 2024
  • Bandar Kinrara 5 (Jalan BK5A/1) pada 21 Mac 2024
  • Taman Puchong Indah (Jalan Indah 2/1) pada 24 Mac 2024
  • USJ 4, Subang Jaya (Jalan USJ 4/5) pada 25 Mac 2024
  • Taman Puchong Prima (Jalan Prima 5/4) pada 1 April 2024

Jumpa di sana ya? Jangan lupa untuk pastikan korang kekal terlindung ketika membeli juadah berbuka! #SafiMalaysia#SAFIShower

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas