Connect with us

Oh! Media

Ini 4 Restoran Makanan Mesra Muslim Di Seoul, Korea Yang Korang Kena Cuba!

Nini Thumbnail Om  1200 × 675px 13

Oh! Travel

Ini 4 Restoran Makanan Mesra Muslim Di Seoul, Korea Yang Korang Kena Cuba!

Annyeonghaseyo korang!

Semua sedia maklum Korea Selatan memang popular di seluruh dunia dari segi budaya, pakaian, hiburan dan makanan mereka.

Kalau peminat K-drama, korang mesti terliur setiap kali menonton babak makan barbeku, ramen, topokki, jajangmyeon dan macam-macam lagi.

IKLAN

Ha, apa kata korang melancong sendiri ke Korea untuk merasai keunikan masakan asli di sana. Jangan risau, jom kami kongsikan beberapa restoran mesra muslim di Seoul.

Restoran EID

Image 87

EID merupakan restoran halal Korea yang cukup popular di Seoul bagi pelancong muslim. Restoran ini terletak berdekatan dengan Masjid Pusat Seoul dan dikendalikan oleh keluarga Korea yang beragama Islam.

Dekat sini korang boleh menikmati pelbagai masakan asli Korea seperti bibimbap, sundubu jigae, bulgogi dan banchan tanpa had.

Image 88

Alamat: 67 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul, South Korea

Restoran Kampungku

Image 90

Teringin nak makan ayam goreng Korea macam dalam K-drama?

Di sini lah tempat terbaik untuk korang mendapatkannya. Selain itu, Restoran Kampungku menawarkan menu asli yang terdiri daripada masakan Korea dan juga Malaysia.

Kalau korang rindu masakan Malaysia tapi pada masa sama nak rasa masakan Korea boleh la datang sini.

Image 91

Paling menarik, dekat sini juga menyediakan ruang solat yang luas buat pelancong muslim. Tak susah la buat korang yang nak solat lepas ini.

Alamat: 16-4 Namsandong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul, South Korea

Busan Jib

Image 92

Dah seharian letih membeli-belah dekat Myeondong, mestilah lapar nak cari makanan. Busan Jib ni merupakan restoran yang menawarkan menu hidangan tempatan yang lazat.

Di sini juga merupakan restoran tarikan pelancong muslim kerana kebanyakan mereka datang sini nak makan BBQ halal.

Image 93

Bukan tu je, galchi jorim atau ikan bakarnya menjadi hidangan yang popular di sini.

Alamat: 11-4 Myeondong 8-gil, Myeong-dong, Jung-gu, Seoul, South Korea

Yang Good BBQ

Image 95

Mestilah korang tak nak lepaskan peluang cuba BBQ di Korea kan?

Sebenarnya, agak sukar nak cari restoran BBQ halal di Korea. Tetapi ada satu tempat popular iaitu Yang Good BBQ Gangnam yang merupakan satu-satunya restoran mesra muslim. Daging digunakan sah halal dan diimport dari Australia.

Image 96

Daging kambing di sini dihidangkan sama ada diperap dan tidak diperap bergantung kepada pilihan anda.

Alamat: 15, Nonhyeon-ro 95 gil, Gangnam-gu, Seoul, South Korea

Bagi korang yang melancong ke Korea tu, bolehlah mencuba beberapa restoran yang dicadangkan ini. Yang penting halal dan sedap!

Kredit: Klook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sabrina Juhari
Sabrina adalah bekas pelajar intern di Oh! Media yang turut memainkan peranan sebagai hos digital separuh masa. Dengan bakatnya yang pelbagai, Sabrina juga bertindak sebagai editor, penerbit, dan penulis artikel untuk menyokong tim video Oh! Media dalam menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas