Connect with us

Oh! Media

Suspek Tembak KLIA Disyaki Mahu Lari Ke Mekah, Minta 7 Peguam Untuk Bela Diri

tembak

Trending

Suspek Tembak KLIA Disyaki Mahu Lari Ke Mekah, Minta 7 Peguam Untuk Bela Diri

Suspek lelaki kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 memerlukan tujuh orang peguam untuk mewakilinya.

ADVERTISEMENT

Suspek, Hafizul Hawari berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kota Bharu, pagi tadi.

BACA: Nak Tembak Isteri, Tertembak Pengawal Peribadi

Terbaru, pihak polis mengesyaki suspek mahu melarikan diri ke Makkah melalui Thailand selepas menemui sejumlah wang tunai dalam mata wang Riyal dan Baht ketika suspek ditangkap semalam.

suspek klia

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek tiba di Kelantan pada petang semalam selepas Zuhur.

Suspek ‘check in’ sebuah hotel menggunakan nama orang lain menyebabkan dirinya sukar dikesan.

Kita percaya suspek memang mahu melarikan diri ke luar negara. Bagaimana kaedah suspek mahu melarikan diri, itu masih dalam siasatan.

Selain mata wang asing, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 19 Austria bersama 33 butir peluru hidup. Suspek turut membawa mercun bola, enam telefon bimbit, pasport dan empat kad pengenalan milik orang lain.

Kredit: Berita Harian | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas