Connect with us

Oh! Media

Jururawat Wanita Ditemui Tertiarap Tidak Sedarkan Diri Telah Dibelasah Seorang Lelaki

jururawat

Oh! Tidak

Jururawat Wanita Ditemui Tertiarap Tidak Sedarkan Diri Telah Dibelasah Seorang Lelaki

Sebelum ini tersebar gambar menunjukkan seorang jururawat wanita ditemui tidak sedarkan diri di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, Johol, Kuala Pilah. Mangsa dilihat tertiarap di sebelah keretanya jenis Perodua Myvi berwarna kuning.

ADVERTISEMENT

Mangsa bagaimanapun dalam keadaan stabil dan memaklumkan dirinya telah ditarik keluar dari kereta sebelum diserang.

Kejadian ini disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab di mana kini pihak polis sedang giat mengesan suspek.

Mangsa dihimpit sebuah kereta, ditarik keluar dan dipukul…

Hasil siasatan lanjut kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, dari arah Hutan Percha.

Sebaik tiba di lokasi, mangsa mengatakan kereta dinaikinya dihimpit sebuah kenderaan memaksanya memberhentikan keretanya di bahu jalan.

Suspek berusia lewat 30-an dikatakan membuka pintu kereta mangsa, menariknya keluar dan menumbuknya di bahagian muka beberapa kali.

Mangsa kemudian telah dipukul dengan objek tumpul di bahagian belakang kepala dan menyebabkannya separuh sedar. Hasil siasatan juga mendapati ini bukanlah kes rompakan kerana tiada barang milik mangsa yang hilang.

Polis minta orang ramai tidak buat sebarang spekulasi…

Pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu kanan dan kepala. Dia stabil, tiada sebarang kesan kecederaan patah atau parah di mana-mana bahagian anggota badan.

Polis kini giat mengesan suspek, motif dan punca kejadian sedang dikenal pasti. Orang ramai diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini.

Diharapkan suspek dapat dikesan dan ditangkap dengan kadar segera dengan cubaan cuba membunuh ini.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas