Connect with us

Oh! Media

Usahawan Alami Tekanan Lepas Bekas Isteri Songlap Saham Bisnes

Bekas Isteri Scam

Oh! Tidak

Usahawan Alami Tekanan Lepas Bekas Isteri Songlap Saham Bisnes

Pernah tular di media sosial pasangan usahawan muda, Anis Ayunie mendirikan rumah tangga ketika berumur 18 tahun dan dihadiahkan sebuah kereta mewah Lamborghini oleh suaminya, Weldan Zulkefli.

Namun, perkahwinan itu tidak bertahan lama dan yang lagi mengejutkan apabila bekas isterinya telah memindahkan semua saham perniagaan ke atas namanya.

BACA: Staf Songlap Duit Syarikat RM400k, Founder Asyik Sakit Disyaki Terkena Ilmu Khurafat

IKLAN

Pendedahan ini dibuat oleh abang kepada Weldan yang juga pempengaruh terkenal, Iqbal Zulkefli di akaun tiktok kerana tidak sanggup lihat adiknya alami tekanan jiwa yang teruk.

Menurut dakwaan yang dibuat, Ayunie tergamak memperdaya bekas suaminya dengan menyuruhnya tanda tangan dokumen yang kononnya dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Scam 1

Namun siapa sangka dokumen yang diberikan oleh Ayunie itu adalah pemindahan saham bisnes yang mereka usahakan bersama ke atas nama wanita itu.

Scam 2

Weldan juga difahamkan kini tinggal di sebuah bilik kecil selepas bekas isterinya mengambil saham bisnes miliknya.

Setelah kehilangan semua harta, pemuda ini mengalami tekanan jiwa yang serius sehingga pernah cuba untuk mengakhirkan hayatnya dengan terjun ke sebuah sungai.

Scam 3

Iqbal juga mendakwa Ayunie aktif memburukkan adiknya di media sosial untuk meraih simpati netizen.

Scam 4

Susulan kes ini, lelaki berkenaan telah memfailkan saman terhadap Ayunie dengan mungupah khidmat guaman, Datuk Adnan Seman.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas