Connect with us

Oh! Media

Selepas “Jatuh”, Lah Ahmad muncul dengan lagu terbaharu “Alhumaira”.

Oh! Youtube

Selepas “Jatuh”, Lah Ahmad muncul dengan lagu terbaharu “Alhumaira”.

Selepas “Jatuh”, Lah Ahmad muncul dengan lagu terbaharu “Alhumaira”

ADVERTISEMENT

Siapa je tak kenal penyanyi bersuara lunak, Lah Ahmad kan? Korang mesti selalu je dengar lagu-lagu Lah Ahmad di majlis kahwin sebab kelunakkan suara dia tu, buat pendengar cair lah. 

OhMedia baru-baru ini dijemput ke sidang media pelancaran lagu terbarunya “Alhumaira” di Damansara. Bersempena itu, sebuah sesi pra-dengar dan pra-tonton video lirik rasmi telah berlangsung. Lagu ini berkonsepkan Balada R&B yang mendapat sentuhan sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun.

Ini merupakan kolaborasi pertama Lah Ahmad dengan Hafiz sebagai penerbit dan komposer untuk lagunya. Menurut Hafiz, dia ingin mencuba komposisi yang berbeza di dalam lagu Alhumaira, seiring dengan vokal yang menyerlah dan penghayatan yang sempurna dan Lah Ahmad adalah penyanyi yang sesuai dengan lagu tersebut.

Lah Ahmad merasakan kekuatan melodi lagu ‘Alhumaira’ sangat dekat dengan perasaannya setelah mendengar ‘demo’ lagu yang dikirimkan oleh Hafiz. Alhumaira bermaksud putih kemerah-merahan dan melambangkan cinta dan kecantikan malah ianya simbolik wanita yang disayangi, dicintai dan dikasihi.

Kata Lah, Alhumaira bukan lagu cinta kosong kerana sebagai seorang penyanyi, dia akan mendalami maksud dan menghayati bait-bait lirik setiap lagu. Lagu ini adalah tentang kesyukuran dan kesetiaan seorang lelaki kepada wanita yang dicintainya. Jadi, lagu ini sangat istimewa jika disampaikan untuk isteri tersayang.

Dia juga berharap para pendengar dapat merasakan perasaan yang sama apabila mendengar ‘Alhumaira’.

Buat para suami diluar sana yang bakal berkahwin, jangan lupa tau masukkan ‘Alhumaira’ dalam playlist lagu kawin korang. 

Korang semua dah boleh dengar dan strim ‘Alhumaira’ di semua digital platform dan jangan lupa juga tengok lirik video rasmi di Youtube Arteffects Media.

Kredit: Sab | [email protected]

Lagi dalam kategori Oh! Youtube

Ke Atas