Connect with us

Oh! Media

‘Masing-Masing’ dipilih sebagai lagu utama dalam ‘Aura’ oleh Ernie Zakri

Oh! Youtube

‘Masing-Masing’ dipilih sebagai lagu utama dalam ‘Aura’ oleh Ernie Zakri

Siapa je tak kenal dengan penyanyi lagu Ku Bersuara dan Astana, Ernie Zakri kan? Kini, penyanyi yang juga merupakan seorang guru vokal ini telah pun mengeluarkan album terbarunya berjudul ‘Aura’ pada 3 November yang lalu.

ADVERTISEMENT

‘Aura’ menampilkan 10 buah lagu yang mempunyai elemen berbeza dan cerita tersendiri. Ernie memilih lagu Masing-Masing sebagai pembuka cerita buat album pertama miliknya untuk memperkenalkan ‘Aura’.

Memetik laporan Astro Awani, Ernie berkata Masing-Masing merupakan sebuah naskah galau yang bertemakan putus cinta. Naskah yang digubah dan ditulis oleh Ade dari kumpulan Govinda bersama Nabila V ini disifatkan sebagai naskah yang mempunyai jalan cerita tersendiri.

Menurut Ernie, Masing-Masing mengisahkan sebagai pasangan yang terpaksa teruskan kehidupan mereka dengan cara berpisah demi mencari kebahagiaan diri sendiri. Tapi, perpisahan dengan persetujuan kedua-dua pihak tanpa pertengkaran atau pergaduhan. Maklumlah rakyat Malaysia kan suka lagu galau? Jadi lagu Masing-Masing ni memang kena dengan citarasa kita. 

Selain itu, album ‘Aura’ mengambil masa sekitar setahun untuk disiapkan dengan membabitkan ramai komposer dan penerbit terkenal. Proses rakaman pula sekitar tiga hingga empat bulan. Fuhh, lama juga nak siapkan sebuah album ye.

Kiranya album ‘Aura’ ni akan menjadi pilihan pendengar sebagai teman buat mereka yang melalui nasib yang sama lah kan?

Korang semua dah dengar belum album Aura? Jadi, kalau belum korang boleh stream Masing-Masing di semua digital platform.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Youtube

Ke Atas