
Trending
“Itu Perempuan Call Girl, Tempat Tu Terlalu Aib” – Usahawan Popular Sah Bercerai Dengan Suami
Tular di media sosial pendedahan mengejutkan yang dibuat usahawan dan personaliti media sosial, Datin Amyera.
Beliau mengesahkan tidak lagi bergelar isteri kepada Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin.
8 tahun bertahan dalam hubungan toksik

Amyera atau nama sebenarnya Fatin Amyera Zainal Abidin meluahkan rasa syukur akhirnya dapat keluar dari hubungan toksik selepas beribu kali memberikan peluang.
Jadi pada bulan yang mulia ini, saya ingin berkongsi kebenaran kepada anda semua, apa yang telah saya lalui selama 8 tahun bernikah dan siapa manusia yang bernama SHAHRUL NASRUN yang sebenarnya. Saya bukan nak buka aib bekas suami, tetapi saya taknak orang ramai tertipu dengan apa yang di tunjuk di media social.
Jelas Amyera lagi, niatnya bukan untuk mengaibkan bekas suami. Sebaliknya, dia tidak mahu orang ramai terus terpedaya dengan imej di media sosial.
Kebenaran di sebalik video tular Ogos 2024

Dalam pendedahan sama, Amyera juga akhirnya bersuara mengenai video tular pada Ogos 2024 yang mengaitkan Shahrul dengan seorang wanita misteri di sebuah lot pejabat.
Saya senyap bukan sebab saya bodoh. Tapi saya tak nak cerita itu jadi panjang. Anak saya sedang sakit dan ayah Shahrul baru saja didiagnos kanser paru-paru tahap 4. Jadi saya taknak keruhkan keadaan. Saya masih menghormati ibu & bapa dia. Jadi saya senyap dan buat keadaan macam biasa.
Tambahnya lagi, dia hanya mengetahui ‘realiti’ sebenar tempat tersebut selepas melakukan siasatan sendiri selepas keadaan sudah okey.
Bukan Sabronzo, tapi call girl
Antara isu yang turut dibangkitkan adalah spekulasi netizen yang mendakwa wanita dalam video itu ialah Sabronzo dari kumpulan Dolla. Namun Amyera tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan situasi sebenar.
Saya pergi kesana, dan cari. Sebab SUMPAH DEMI ALLAH. Saya tidak pernah tahu tentang tempat itu. Dan video yang diambil tu pun, saya tak tahu siapa yang ambil. Dan siapa yang bagi kepada HLIVE untuk viralkan. Mungkin Allah nak tunjuk. Semua jadi kebetulan. Dan saya nak nyatakan disini, perempuan dalam video tu. Bukan sabronzo. Tak baik korang fitnah dia. Itu perempuan lain. Call girl.
Menurutnya, dia berjaya masuk ke dalam tempat itu dan keadaan di dalam terlalu aib untuk diceritakan. Amyera berkata lagi, dia akan berkongsi dengan lebih lanjut menerusi akaun TikToknya tidak lama lagi.
