Connect with us

Oh! Media

Tesla Tarik Balik Cybertruck, Ada Masalah Trim Longgar

Tesla Cybertruck

Oh! Geekz

Tesla Tarik Balik Cybertruck, Ada Masalah Trim Longgar

Tesla terpaksa menarik balik sebahagian besar model Cybertruck selepas laporan mendapati trim luaran kenderaan itu longgar dan berisiko tertanggal.

Menurut laporan Harian Metro, komponen logam di sekitar cermin depan dan bahagian atas pintu hanya dipasang menggunakan pelekat, yang menyebabkan kemungkinan ia tercabut ketika memandu.

Setakat ini, 151 pemilik Cybertruck telah mengemukakan tuntutan waranti berkaitan isu ini, menurut dokumen Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), Amerika Syarikat.

IKLAN

NHTSA memberi amaran bahawa trim yang tertanggal boleh menjadi bahaya di jalan raya dan meningkatkan risiko kemalangan.

Tiada kemalangan dilaporkan

Copy of Untitled Design   1

Namun begitu, Tesla menegaskan bahawa tiada laporan kemalangan atau kecederaan akibat masalah ini setakat ini.

Penarikan balik ini turut mendedahkan angka pengeluaran Cybertruck, dengan hampir 46,100 unit dihasilkan antara November 2023 hingga Februari 2024.

Kenyataan Elon Musk

D0d2a8d3 80c3 4b22 a7c7 40b9a480957e

CEO Tesla, Elon Musk sebelum ini menyasarkan pengeluaran sehingga 250,000 unit setahun, tetapi masalah teknikal seperti ini mungkin menjejaskan sasaran tersebut.

Sebagai penyelesaian, Tesla akan menggunakan skru untuk mengukuhkan trim, kaedah yang sama digunakan selepas insiden penutup hiasan pedal yang tertanggal sebelum ini.

#ApaKataOhmedia

Jika anda pemilik Cybertruck, pastikan anda segera membawa kenderaan ke pusat servis Tesla untuk pemeriksaan! Walaupun tiada kemalangan dilaporkan, langkah pencegahan tetap penting untuk keselamatan di jalan raya.

Tesla Cybertruck

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas