Lapor Harian Metro, rupa-rupanya, lelaki itu ialah Mohamad Asmawi Zaidi, bekas pemain hoki remaja negara yang pernah beraksi di pentas antarabangsa termasuk di Jerman, India dan Pakistan.
Difahamkan, Asmawi mula menceburi sukan hoki sejak usia 12 tahun dan pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Bawah 16 Tahun.
Menurut pendedahan rakan sepasukannya yang mengenali Asmawi sejak kecil, memang benar lelaki dalam video tular itu ialah bekas atlet yang pernah sama-sama berjuang di Sukan Malaysia (SUKMA) serta Kejohanan Hoki Remaja Dunia di Johor Bahru pada 2009.
Memang benar, kelibat lelaki kurang siuman itu adalah Asmawi iaitu bekas rakan pasukan yang pernah bersama-sama beraksi untuk Terengganu ketika Sukan Malaysia (SUKMA) dan rakan sekolah ketika menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar yang kini dikenali sebagai Sekolah Sukan Tunku Ismail (SSTMI).
Tambah rakannya lagi, Asmawi dulu seorang yang ceria dan sangat berbakat dalam sukan hoki.
Sayu hati melihat, Mawi begitu. Dia dulu seorang yang ceria dan seorang pemain hoki berkaliber. Tak sangka dia jadi begitu. Saya berkawan dengan dia sejak kecil. Mungkin kerana tekanan menjadi punca dia hilang arah.
Katanya lagi, ini bukan kali pertama Asmawi melalui episod sedih seperti ini.
Saya dimaklumkan ini kali kedua dia menjadi begitu. Lima tahun lalu kalau tak salah saya, dia dah sihat sebab ada yang bawa dia ke hospital untuk menerima rawatan. Tak sangka hari ini dia kembali sakit. Saya harap sangat ada orang bantu dia kembali pulih.
Katanya, Asmawi yang kini berusia 36 tahun meninggalkan dunia hoki ketika usianya sekitar 25 tahun dan pulang ke kampung.
Kini, nasibnya mengundang simpati orang ramai yang berharap agar pihak berwajib tampil memberi bantuan sewajarnya.
Pssttt! Diharapkan ada pihak yang tampil membantu Asmawi untuk memulihkan dirinya. Sedih lihat orang yang berbakat tiba-tiba jadi macam ni kan.