Oh! Artis
CEO Batu Ditahan Polis, Didakwa Ganggu Remaja 14 Tahun Dengan Mesej Lucah
Tindakan seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai CEO Batu akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis selepas didakwa menghantar mesej berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
CEO Batu serah diri…

Lelaki berusia 22 tahun itu hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam dan telah ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan lanjut berhubung dakwaan tersebut.
Kes berkenaan turut disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.
Caprice bongkar mesej lucah kepada remaja dan mangsa lain turut tampil…
Sebelum ini, penyanyi dan pempengaruh, Caprice tampil mendedahkan beberapa tangkap layar mesej yang didakwa dihantar CEO Batu kepada remaja terbabit. Mesej tersebut bukan sahaja berunsur lucah, malah turut disertakan dengan gambar tidak senonoh.

Menurut Caprice, dia menerima mesej daripada ibu kepada remaja itu yang meminta bantuannya kerana anaknya menjadi mangsa gangguan seksual oleh pempengaruh berkenaan.
Antara mesej yang dikongsikan menunjukkan CEO Batu mendakwa dia sekadar ingin menunjukkan parut pembedahan, namun disusuli pula dengan permohonan maaf dan cubaan untuk bertemu dengan ibu remaja tersebut bagi menyelesaikan isu ini secara peribadi.
Pssttt! Gangguan seksual bukan perkara kecil lebih-lebih lagi apabila melibatkan remaja bawah umur. Media sosial bukan tempat untuk melampiaskan nafsu atau memperdaya golongan muda. Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab dan jangan sesekali mengambil kesempatan atas kepercayaan orang lain. Hormat dan adab perlu diutamakan, lebih-lebih lagi dalam pergaulan atas talian.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM