Oh! Geekz
Tak Perlu Ke JPJ Beratur Panjang, Tukar Lesen P Ke CDL Hanya Di MyJPJ!
Berita baik buat pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL atau Lesen P)! Kini, anda boleh menukar lesen ke Lesen Memandu Kompeten (CDL atau lesen penuh) terus melalui aplikasi MyJPJ, tanpa perlu beratur panjang di kaunter JPJ.
Dengan kemas kini terbaru aplikasi MyJPJ, pengguna kini boleh melakukan proses naik taraf lesen pada bila-bila masa dan di mana sahaja, menjimatkan masa serta mengurangkan kesesakan di pejabat JPJ.
Cara tukar lesen P ke CDL melalui MyJPJ

Mudah sahaja! Ikuti langkah ini:
- Buka aplikasi MyJPJ pada telefon anda.
- Pilih “Permohonan CDL” dalam menu utama.
- Pilih tempoh sah laku lesen yang anda inginkan.
- Lakukan pembayaran secara online dan proses selesai!
Selepas itu, lesen anda akan dikemas kini dalam sistem, dan anda boleh terus menggunakan lesen digital dalam MyJPJ sebagai bukti sah lesen memandu.
Kemas kini aplikasi MyJPJ sekarang!

Fungsi ini kini boleh digunakan oleh pengguna Android dan iOS melalui kemas kini terbaru aplikasi MyJPJ. Pastikan anda memuat turun versi terkini untuk menikmati kemudahan ini.
#ApaKataOhmedia
Dengan adanya kemudahan digital seperti ini, pastikan anda sentiasa menggunakan aplikasi MyJPJ untuk urusan berkaitan lesen dan cukai jalan. Jangan lupa semak tarikh luput lesen memandu anda agar tidak memandu dalam keadaan lesen tamat tempoh!

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram JPJ Malaysia
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM