Biar betul! Masjid Jamek Al-Ridzuan, Alor Pongsu kini sedang berhadapan dengan isu yang sangat kritikal apabila sebahagian tanah wakafnya kini milik individu bukan Islam.
Menurut Pengerusi Masjid, Yusuf Majid, isu ini timbul selepas tanah berkeluasan 0.61 hektar itu dijual oleh waris pewakaf tanpa pengetahuan pihak masjid.
Ada dewan, tandas dan kubur atas tanah tersebut…
Apa yang lebih membimbangkan, kawasan itu bukan kosong. Ia menempatkan struktur penting termasuk dewan muslimah, tandas wanita dan lebih 30 buah pusara!
Lot tanah berkenaan menempatkan struktur penting masjid termasuk dewan muslimah, tandas wanita serta lebih 30 pusara.
Masjid hanya menyedari perubahan hak milik pada tahun 2015 ketika mahu buat pagar di kawasan tanah perkuburan.
Pemilik baru tak tahu itu tanah wakaf Masjid…
Tanah tersebut mula-mula dijual kepada individu bukan Islam dari Bukit Mertajam sebelum dijual sekali lagi kepada pemilik baru di Kuala Lumpur.
Pemilik baru langsung tidak dimaklumkan tanah dibeli mempunyai struktur berkaitan rumah ibadat dan tanah perkuburan Islam.
Lebih mengejutkan, pemilik tanah beri dua pilihan kepada pihak masjid, beli semula tanah tersebut atau robohkan semua struktur atas tanahnya.
Pemilik turunkan harga kepada RM1.8 juta dan pihak masjid perlu bayar segera…
Selepas beberapa rundingan, pemilik tanah bersetuju turunkan harga kepada RM1.8 juta. Tapi itu pun bukan jumlah yang mudah untuk dikumpul sekelip mata.
Justeru kami memohon sedikit masa untuk mengumpul dana diperlukan.- Kata Yusuf Majid.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut arahkan semua masjid dan surau adakan kutipan Tabung Khas pada 9 dan 16 Mei ini.
Pada masa sama, pengurusan Masjid Al-Ridzuan juga bergerak sendiri dengan hebahan kepada ahli kariah serta orang ramai untuk sama-sama bantu.
Jom kita salurkan sumbangan di sini…
Bagi korang yang nak bantu selamatkan tanah masjid ni, boleh salurkan sumbangan ke:
Bank Islam: 08077010014368 (Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu)
Jumlah kutipan akan diumumkan secara terbuka dari semasa ke semasa untuk pastikan ketelusan.
Pssttt! Tanah wakaf ni bukan sekadar tanah kosong, tapi tempat ibadah, tempat pengurusan jenazah, dan simbol penyatuan komuniti Islam. Bila waris tak amanah, yang menanggungnya satu kampung. Sama-sama kita bantu selamatkan Masjid Jamek Al-Ridzuan daripada dirobohkan. Kalau kita tak bertindak sekarang, siapa lagi?
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.