Connect with us

Oh! Media

Muat Naik Sijil Nikah Palsu Dengan Putera Raja, Bekas Pelakon Dan Model Kena Waran Tangkap

Ohmedia bekas Pelakon

Trending

Muat Naik Sijil Nikah Palsu Dengan Putera Raja, Bekas Pelakon Dan Model Kena Waran Tangkap

Seorang bekas pelakon yang sebelum ini pernah mencuri perhatian netizen dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Lapor Sinar Harian, wanita terbabit didapati gagal hadir bagi prosiding pertuduhan melibatkan penyebaran sijil nikah palsu dengan seorang putera raja.

Didakwa sebar sijil nikah palsu

Waran Tangkap Bekas Model

Persana Avril Sollunda yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah sepatutnya hadir ke mahkamah pada Khamis lalu untuk mendengar pertuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia.

IKLAN

Namun begitu, dia gagal hadir menyebabkan Hakim Norma Ismail mengeluarkan waran tangkap atas permintaan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amir Haniff Ahijman.

Saman diserahkan secara peribadi, tapi gagal hadir

Bekas Model

Menurut Muhammad Amir, wanita tersebut telah diserahkan saman secara peribadi pada 29 April yang lalu, namun tetap tidak menghadirkan diri ke mahkamah pada jam 9 pagi seperti yang dijadualkan.

Sedangkan, saman terhadap wanita terbabit, diserahkan sendiri pada 29 April lalu.

Disebabkan itu, mahkamah menetapkan 19 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkaitan waran tangkap tersebut.

Untuk rekod, pada bulan Mac lalu, Persana pernah ditahan oleh pihak polis bagi siasatan lanjut namun dibebaskan dengan jaminan selepas sesi soal siasat selesai.

Pssttt! Jangan main-main dengan tuduhan palsu, lebih-lebih lagi apabila melibatkan orang kenamaan. Harap dijadikan pengajaran.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas