Connect with us

Oh! Media

Apple Bergegas Hantar Stok Dari China Dan India Elak Cukai Trump

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Geekz

Apple Bergegas Hantar Stok Dari China Dan India Elak Cukai Trump

Nampaknya pengguna di Amerika Syarikat mungkin terpaksa membayar lebih mahal untuk produk teknologi kegemaran mereka selepas Presiden Donald Trump memperkenalkan tarif perdagangan baharu.

Tidak mahu menanggung kerugian, gergasi teknologi seperti Apple dan Nintendo dilaporkan sudah mula bertindak pantas.

Apple kerah 5 pesawat kargo…

Apple iphone 15 pro plus 2023 031 950x534jpg

Menurut laporan The Times of India, Apple telah menghantar lima pesawat kargo yang sarat dengan iPhone dan produk lain dari China dan India ke Amerika Syarikat menjelang akhir Mac lalu.

IKLAN

Penghantaran besar-besaran ini dilakukan sebagai langkah mengelakkan cukai import asas sebanyak 10% yang berkuat kuasa mulai 5 April.

Penghantaran ini tiba dalam tempoh tiga hari, membolehkan Apple menyimpan stok bagi menampung permintaan selama beberapa bulan.- Kata sumber.

Langkah drastik ini bertujuan memastikan harga produk Apple tidak meningkat secara mendadak. Namun begitu, menjelang 9 April nanti, semua produk dari China, Vietnam, dan India dijangka dikenakan tarif yang lebih tinggi.

Nintendo ikut langkah sama, harga dijangka lebih tinggi bulan mendatang…

Nintendo Switch

Lebih mengejutkan, firma Rosenblatt Securities menjangkakan harga iPhone boleh melonjak setinggi AS$2,300 (~RM11,250) berbanding harga semasa iPhone 16 Pro Max sekitar AS$1,599 (~RM7,195.50).

Nintendo turut mengambil langkah sama. Berdasarkan laporan Financial Times, syarikat permainan itu menghantar lebih 383,000 unit konsol Switch 2 dari Vietnam dan Kemboja ke Amerika Syarikat dalam masa hanya lima hari pada Januari lalu.

Tindakan ini jelas dilakukan sebagai persediaan menghadapi impak cukai baharu yang bakal memberi kesan besar terhadap kos operasi dan harga pasaran.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia perdagangan global, setiap keputusan politik boleh memberi kesan langsung kepada pengguna. Apa yang dilakukan oleh Apple dan Nintendo ini menunjukkan bagaimana syarikat gergasi sentiasa bersedia menghadapi risiko dengan strategi logistik pantas.

Bagi kita sebagai pengguna, penting untuk sentiasa peka dengan perubahan dasar ekonomi global kerana ia secara langsung boleh mempengaruhi harga barangan yang kita gunakan setiap hari.

Kredit: Times Of India
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas