Connect with us

Oh! Media

Kurang 36 Jam, Hampir RM2 Juta Berjaya Dikumpul Untuk Beli Tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Islam

Kurang 36 Jam, Hampir RM2 Juta Berjaya Dikumpul Untuk Beli Tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan

Dalam tempoh kurang 36 jam sahaja selepas pelancaran kempen kutipan dana, umat Islam di Malaysia sekali lagi membuktikan kekuatan solidariti apabila berjaya mengumpulkan hampir RM2 juta untuk pembelian tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu, Perak.

Menurut aktivis dakwah Firdaus Wong, sumbangan tersebut kini secara rasmi ditutup setelah mencapai sasaran luar biasa sebanyak RM1,977,482.20 setakat jam 8.30 malam pada 7 Mei 2025.

Kemenangan bersama umat Islam selamatkan Majid Jamek…

Masjid Jamek

Dalam perkongsiannya di Facebook, Firdaus Wong meluahkan rasa syukur dan gembira atas pencapaian besar ini.

IKLAN

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allahuakbar.- Katanya penuh emosi.

Lebih membanggakan, pihak mereka juga telah mendapatkan khidmat peguam-peguam bagi membantu urusan rundingan tanah serta isu perundangan yang mungkin timbul kelak.

Kita umat Islam telah berjaya membuktikan bahawa kita bermaruah & kita mampu bersatu, jika kita MAHU! Allahuakbar.

Terima kasih buat semua penyumbang…

Img 5166

Firdaus turut menzahirkan penghargaan kepada semua media dan sahabat-sahabat yang membantu menyebarkan usaha murni ini.

Jazakumullahu Khairan kepada semua media & semua sahabat-sahabat yang sama-sama berusaha menguar-uarkan sehingga kita semua berjaya melepasi sasaran RM1.8 juta.

Pssttt! Keajaiban pasti berlaku bila umat Islam bersatu hati dan bergerak dengan niat yang sama, demi kebaikan akhirat. Kejayaan ini bukan sekadar angka, tetapi simbol kekuatan dan kesatuan. Semoga sumbangan ini menjadi pemberat amalan soleh kita semua. Jangan pernah rasa usaha kita kecil kerana jika digabungkan, hasilnya luar biasa!

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas