Connect with us

Oh! Media

“Pukul Saya Setengah Mati” – Abby Abadi Bongkar Lagi Pasal Norman Hakim

Abby Abadi Norman Hakim

Trending

“Pukul Saya Setengah Mati” – Abby Abadi Bongkar Lagi Pasal Norman Hakim

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi mengejutkan ramai apabila mendedahkan kisah gelap rumah tangganya yang lalu, termasuk pernah dipukul teruk oleh bekas suami sendiri.

Dalam satu perkongsian di laman Thread, Abby berkongsi bagaimana beliau pernah dipukul sehingga berdarah namun memilih untuk tidak membuat laporan polis demi menjaga maruah suami ketika itu.

Nak tahu tak adik awak itu pernah pukul saya setengah mati… Bila tengok berdarah teruk, bawa pergi klinik. Beritahu doktor katanya kemalangan.

Abby Abadi tak pernah terima duit hantaran?

Img 3988

Abby turut mendedahkan bahawa ketika berkahwin dahulu, beliau tidak pernah menerima duit hantaran seperti yang dijanjikan.

IKLAN

Duit hantaran janji pun tak pernah beri. Duit belanja masa kahwin pun pakai apa yang ada.

Menurut Abby, semua perbelanjaan perkahwinan ditanggung sendiri dan tiada sebarang bayaran diterima semula selepas bercerai.

Ajak netizen ‘gegar’ Norman Hakim?

Apa yang lebih mengejutkan, Abby turut mengajak netizen untuk menyampaikan perasaan beliau kepada Norman Hakim, bekas suaminya.

Ketua netizen seluruh Malaysia, tolong saya. Saya perlukan anda semua. Tolong gegar Norman Hakim tu.

Ini merupakan kali pertama Abby secara terbuka menyebut nama Norman dalam pendedahan kisah silamnya.

Tak kira siapa pun kita, luka lama yang dibiarkan terpendam akhirnya akan terluah juga. Hargailah pasangan dan jangan sesekali ambil ringan soal emosi dan keselamatan dalam rumah tangga.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas