
Oh! Tidak
“MC 3 Hari Je, Gaji Terus Kena Potong” – Netizen Bengang Bos Tolak MC Hospital Kerajaan
Tular di Threads luahan seorang individu yang sedih apabila gajinya dipotong gara-gara mengambil cuti sakit (MC) selama tiga hari.
Lebih mengejutkan, MC sah dikeluarkan oleh hospital kerajaan namun majikannya tetap mempersoalkan keperluan cuti tersebut.
‘Sampai 3 hari MC” – Boss

Dalam perbualan yang dikongsikan, majikan seolah-olah tidak yakin pekerjanya benar-benar tidak mampu bekerja.
Sampai tiga hari MC, memang tak boleh nak kerja langsung atau macam mana?
Individu itu menjelaskan bahawa cuti itu diberikan sendiri oleh doktor menunjukkan dia memang tidak boleh bekerja.
Saya tak request pun cuti sakit, doktor sendiri bagi.
Pekerja itu kemudiannya dikejutkan dengan pemotongan gaji oleh majikan meskipun telah menyerahkan MC yang sah. Tindakan ini ternyata mengundang reaksi panas warga maya.
Netizen tak puas hati, tindakan majikan dianggap tak masuk akal

Rata-rata netizen menyuarakan rasa marah dan simpati terhadap individu berkenaan. Mereka mempertikaikan tindakan tidak berperikemanusiaan majikan itu, apatah lagi cuti sakit tersebut dikeluarkan oleh hospital kerajaan.
MC 3 hari je dapat macam ni. Camne la orang yang kena MC 2 minggu. Terus stop beroperasi gamaknya company ni.
Malah, ada netizen berkongsi pengalaman serupa apabila terpaksa berdepan sindiran dari bos sendiri.
Ada juga yang mencadangkan supaya tindakan undang-undang diambil terhadap majikan yang melanggar hak pekerja.
Pssttt! Semoga dijauhkan daripada bos macam ni, bukan ke cuti sakit tu hak pekerja?
Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
