Connect with us

Oh! Media

Kurang 36 Jam, Umat Islam Berjaya Kumpul RM2 Juta Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan Bersuara

masjid jamek

Oh! Islam

Kurang 36 Jam, Umat Islam Berjaya Kumpul RM2 Juta Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan Bersuara

Sebelum ini, Ohmedia ada kongsikan artikel yang menunjukkan kuasa perpaduan dan keprihatinan umat Islam sekali lagi terbukti apabila kisah tanah wakaf Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Perak berjaya menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia.

Hanya dalam tempoh kurang 36 jam selepas berita tular, dana lebih RM2.3 juta berjaya dikumpul untuk menebus semula tanah bernilai RM1.8 juta yang dijual kepada individu bukan Islam.

IKLAN

Sumbangan Masjid Jamek ditutup, duit lebih akan diuruskan dengan telus…

Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Yusuf Majid mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tampil menyumbang.

Alhamdulillah hasrat kita tercapai dan bermula jam 12 tengah malam ini kita menutup sumbangan untuk masjid ini secara rasmi.

Tambahnya lagi, jika ada sumbangan yang masih masuk selepas ditutup, wang itu akan dimasukkan ke dalam tabung wakaf am bagi tujuan pengurusan masjid.

Pengurusan Masjid Jamek akan rujuk MAIPk…

Kredit gambar: Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Menurut Yusuf, pihaknya akan ke Ipoh untuk bertemu Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) bagi mendapatkan penjelasan dan panduan berkaitan proses seterusnya.

Selebihnya kita akan gunakan untuk aktiviti pertanian dan hasilnya nanti kita masukkan dalam tabung untuk perjalanan masjid ini namun kita akan merujuk perkara itu dengan MAIPk terlebih dahulu sama ada boleh digunakan atau tidak.- Katanya.

Pengurusan masjid juga dalam pertimbangan untuk melantik peguam bagi menguruskan pembelian semula tanah tersebut secara sah dan beretika.

Tanah wakaf dijual tanpa pengetahuan Masjid…

Isu ini mula mendapat perhatian selepas Harian Metro melaporkan tanah berkeluasan 0.61 hektar itu telah dijual oleh waris pewakaf tanpa pengetahuan pihak masjid.

Yusuf turut menggesa umat Islam supaya bersama-sama mempertahankan tanah wakaf demi kelangsungan institusi masjid.

Kini, hasil kebangkitan dan semangat kebersamaan umat Islam, maruah serta hak tanah masjid itu berjaya dipertahankan.

Pssttt! Kes ini adalah pengajaran besar buat semua. Jangan ambil mudah isu wakaf dan amanah. Tanah wakaf bukan hak individu untuk dijual sesuka hati. Bila kita bersatu, tak mustahil apa yang kelihatan mustahil pun boleh dicapai. Teruskan bantu dan pertahankan masjid-masjid kita.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas