Connect with us

Oh! Media

“Kalau Kena Mata Boleh Buta” – Tular Dakwaan Murid Cedera Dibaling Kotak Pensil Oleh Guru

Ohmedia caprice

Oh! Tidak

“Kalau Kena Mata Boleh Buta” – Tular Dakwaan Murid Cedera Dibaling Kotak Pensil Oleh Guru

Tular di media sosial rakaman video menunjukkan seorang murid cedera didakwa terkena kotak pensil yang dibaling guru.

Dalam video itu, dapat dilihat kedua ibu bapa meluahkan rasa kesal dengan perbuatan guru yang dianggap melampau.

Kepala ‘berlubang’ kena baling kotak pensil

Menurut ibu bapa, mereka tidak kisah sekiranya anak dihukum kerana melakukan kesalahan. Tetapi, apa yang dilakukan guru adalah berlebihan.

IKLAN

Kalau kena mata tidak ke boleh buta? Kena fikir juga masa depan dia. Mungkin budak ni tak mahu ke sekolah dah lepas ni, jadi masalah juga. Kita tak kisah nak hukum, tapi sampai pecah kepala macam ni?

Mereka turut menegaskan walaupun telah memaafkan guru terbabit, satu pengajaran perlu diberikan agar insiden sebegini tidak berulang pada pelajar lain.

r

Selebriti, Caprice yang memuat naik semula video di platform media sosialnya juga berpendapat itu bukan cara yang betul untuk mendidik pelajar.

Perkongsian itu turut mengundang perdebatan hangat mengenai batasan mendidik di sekolah. Ujar netizen, seorang guru tidak seharusnya mengambil tindakan sendiri sehingga mencederakan anak murid.


Kredit: Instagram Caprice | Facebook Ejoy Nadia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas