Kecoh di media sosial apabila Imam Masjid Al-Busyra, Mohd Firdaus Mat Akhir dituduh seleweng duit infak dan ambil komisen dalam projek pembangunan masjid. Ohmedia tak faham betul dengan pihak yang mempertikaikan kejayaan yang sudah dibuktikan imam Firdaus. Tapi imam ni tak gentar langsung dan beri respon cukup tegas:
Saya bersedia untuk disiasat dan ambillah tindakan jika saya bersalah. Biarlah saya ditangkap daripada menuduh saya menyeleweng duit masjid.- Katanya.
Imam Masjid Al-Busyra nyatakan sudah biasa difitnah…
Firdaus mengakui, bukan kali pertama dirinya jadi sasaran fitnah. Sebelum ni pun dia pernah dipanggil oleh pejabat agama dan pihak istana. Firdaus juga hairan dengan tuduhan tak berasas ini. Katanya, kalau benar dia buat salah, pasti dah kena tindakan dari awal.
IKLAN
Banyak kali saya maklumkan kepada anak kariah, sekiranya ada rasa tidak berpuas hati, sila buat laporan.
Kalau betullah saya nak ambil komisen, pasti ahli jawatankuasa mahupun pejabat agama akan ambil tindakan terlebih dahulu ke atas saya.
Semua infak masjid direkod dan umum boleh lihat audit tahunan…
Beliau jelaskan dengan terperinci cara kutipan infak dibuat, semuanya telus dan ada rekod. Sejak beliau jadi imam pada 2018, pelbagai perubahan dilakukan untuk tarik jemaah dan musafir singgah.
Cara infak dilakukan ialah dengan hadir ke masjid, ke pejabat dan resit akan dikeluarkan, atau jika melalui akaun bank, setiap transaksi direkodkan dan diketahui ke mana aliran wang itu disalurkan. Kami juga satu-satunya masjid yang mempunyai laporan audit.
Saya ubah suai ruang solat utama, roboh pagar keliling dan bina tandas seperti di R&R… sehingga menarik semakin ramai musafir singgah serta menambah keyakinan orang ramai untuk berinfak.
Masjid ini bukan sekadar tempat ibadah, tapi lengkap dengan pelbagai kemudahan moden. Masjid Al-Busyra yang terletak di Merbok, Kedah ini makin popular sebab berhampiran lokasi pelancongan dan institusi pendidikan.
Kami ada Al-Busyra Mart, dobi, tempat cuci kereta, kedai gunting rambut lelaki, spa dan salun muslimah serta kedai aksesori telefon.
Pssttt! Kalau yakin tak bersalah, tak perlu lari. Cara Imam Firdaus jawab tuduhan ni cukup berani dan terbuka. Bila semua aliran infak ada audit, patutnya masyarakat beri ruang untuk penjelasan sebelum menghukum. Kalau salah, biar undang-undang tentukan. Tapi kalau fitnah, itu lebih berdosa.