
Trending
“Umur Awak Tua, Tapi Dalaman Sihat” – Suami Puji Bonda Rozita Tetap ‘Power’
Usahawan terkenal Rozita Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila suaminya sendiri, Aidiamin Ahmad membuat pendedahan berani mengenai tenaga dalaman isterinya yang dikatakan luar biasa!
Menurut laporan mStar, Aidiamin memuji gaya hidup sihat diamalkan Rozita yang menurutnya telah membantu mengekalkan tahap kesihatan dalaman yang cemerlang.
Umur awak tua, tapi dalaman awak sihat. Tenaga dimiliki juga bagus. Awak mampu berjoging selama dua jam.
“Awak tak sesuai dengan lelaki tak sihat” – Aidiamin

Bukan itu sahaja, Aidiamin turut menyatakan bahawa Rozita hanya sesuai bersama lelaki yang sihat dan bertenaga.
Kesihatan awak sangat bagus, macam tak sesuai dengan umur awak.
Kalau awak cari jodoh, awak tak sesuai dengan lelaki yang tak sihat. Tak kisah muda mana pun, kalau tak sihat, tak guna.
Kenyataan ini membuatkan netizen terhibur dan terkejut kerana disampaikan secara terbuka dan bersahaja dalam siaran langsung.
Rozita Ibrahim dan Aidiamin sah sebagai suami Isteri

Untuk info, Rozita mengesahkan perkahwinannya bersama Aidiamin pada 16 Mac lalu selepas kemunculan seorang lelaki berkumis tebal di belakangnya ketika mempromosikan produk dalam bilik hotel menjadi viral.
Pasangan ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen namun ramai memuji keserasian mereka yang jelas terpancar.
