Connect with us

Oh! Media

Caprice Dedah CEO Batu Hantar Gambar Tak Senonoh Dan Rayu Tak Dilapor Polis

Ohmedia rayuan ceo batu kepada ibu mangsa caprice

Oh! Artis

Caprice Dedah CEO Batu Hantar Gambar Tak Senonoh Dan Rayu Tak Dilapor Polis

Tadi Ohmedia ada kongsikan tentang pendedahan Caprice tentang Isu gangguan seksual melibatkan pempengaruh terkenal, CEO Batu. Sekarang ni, Caprice kongsikan pula mesej CEO Batu kepada ibu mangsa yang dikatakan merayu agar tidak dilaporkan kepada pihak polis.

Dalam mesej itu, CEO Batu mendakwa dia tersilap hantar gambar yang kononnya diambil untuk teman wanitanya.

Saya merayu sangat kak. Gambar tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang… Saya tengah kalut nak shoot video campsite.

“Kalau betul salah hantar, kenapa tak delete?”- Caprice.

Caprice

Caprice dalam kenyataannya mempertikaikan alasan suspek yang mendakwa gambar itu dihantar secara tidak sengaja.

IKLAN

Crime is a crime CEO Batu. Selepas hantar, tak delete pun kalau betul salah hantar. Siap tanya mangsa dia marah ke.

Caprice turut tag akaun rasmi @pdrmsia_official dalam hantaran tersebut, memberi isyarat agar pihak berkuasa segera campur tangan.

“Kalau kena jail, macam mana diorang” – CEO Batu jadikan keluarga sebagai alasan…

Kak tolong, saya merayu sangat. Kalau sabit kesalahan 10 tahun saya ke dalam. Segala yang saya usaha selama semuanya akan hilang kak. Maafkan saya kak. Saya masih ada orang tua lagi untuk bagi nafkah.

Telegram cloud photo size 5 6158765506992130194 y

Netizen desak siasatan segera…

Rata-rata netizen di ruangan komen menyuarakan kemarahan dan mendesak siasatan serta tindakan undang-undang segera diambil terhadap individu terbabit.

Isu ini turut membuka semula perbincangan tentang betapa pentingnya pendidikan digital dan batas dalam penggunaan media sosial.

Pssttt! Kalau benar gambar itu dihantar secara tak sengaja, kenapa tiada tindakan susulan seperti memadam, mohon maaf awal atau tampil jujur? Merayu selepas viral bukan alasan untuk lepas dari tanggungjawab. Jangan normalisasikan gangguan seksual sebagai ‘silap teknikal’. Hormat privasi orang lain, dan tahu batas bila berada di dunia digital.

Kredit: Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas