
Oh! Artis
Aksi Mesra Dayang Nurfaizah Dan Hael Husaini Atas Pentas Undang Perhatian, Ini Penjelasan Tuan Badan
Penyanyi tersohor negara, Dayang Nurfaizah tampil menjelaskan mengenai aksi mesra bersama rakan duetnya, Hael Husaini, ketika menyampaikan lagu Haram di Konsert MeleTOP TVS, malam semalam.
Menurut laporan HibGlam, Dayang berkata apa yang berlaku di atas pentas adalah spontan dan tidak dirancang, sebaliknya terhasil daripada keserasian dan profesionalisme antara mereka berdua.
Bukan gimik murahan, tapi detik spontan atas pentas

Rupanya ada kesan comot gincu di dagu Dayang dan perkara itu telah membuatkan Hael tolong bersihkan.
Sebenarnya ketika menyanyi, dia sebagai kawan baik nampak kesan comot gincu merah pada dagu saya.
Tapi terima kasih (sebab tolong bersihkan), risau muka tak nampak cantik pula. Tapi kalau orang suka, maksudnya kami berjaya menghiburkan peminat.
Keserasian unik Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini

Dayang turut menyifatkan Hael sebagai pasangan duet ideal yang mampu melengkapinya di atas pentas. Beliau kagum dengan tenaga dan sokongan yang diberikan Hael setiap kali beraksi bersama.
Menyanyi duet bukan sekadar menyanyi bersama, tapi perlu saling melengkapi. Hari ini sukar nak jumpa pasangan duet dengan keserasian sebaik Hael.
Orang tak tahu bila membuat persembahan, ada benda yang kita nak realisasikan. Bila itu terjadi, rasa sangat gembira.
