Connect with us

Oh! Media

Polis Tahan Wanita Kes Simbah Asid Di Bachok

Ohmedia simbah asid bachok kelantan

Oh! Tidak

Polis Tahan Wanita Kes Simbah Asid Di Bachok

Sabtu lalu, satu kejadian kejam berlaku di Bachok, Kelantan apabila seorang pengusaha spa, Nor Faziera Muda, 27, disimbah asid oleh tiga individu berpakaian purdah.

Akibat serangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan teruk dan terpaksa menjalani pembedahan selama enam jam. Insiden ini menggemparkan ramai kerana melibatkan cara serangan yang sangat kejam.

Wanita 38 tahun ditahan polis…

Mangsa
Gambar mangsa Nor Faziera Muda

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 38 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

IKLAN

Tangkapan dilakukan Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK Kelantan bersama anggota BSJ IPD Bachok dalam satu operasi bersepadu semalam.

Suspek ditahan di hadapan sebuah kilang getah di Kuala Krai kira-kira jam 4 petang. Wanita tersebut dikatakan bekerja di kilang getah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Turut tampas Myvi, telefon & alat kawalan kenderaan…

Polis

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.

Menurut Datuk Mohd Yusoff, suspek akan direman hari ini di Mahkamah Majistret Bachok bagi membantu siasatan lanjut.

Polis Kelantan akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mendatangkan kecederaan parah.

Dalam masa sama, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini bagi mengelakkan salah faham dan gangguan terhadap siasatan.

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada IPD Bachok atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pssttt! Perbuatan menyimbah asid bukan saja kejam, malah boleh meragut masa depan mangsa seumur hidup. Apatah lagi bila ia dilakukan oleh individu yang mungkin dikenali. Semoga keadilan dapat ditegakkan, dan masyarakat terus peka bahawa menyakiti orang lain bukan jalan penyelesaian.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas