Connect with us

Oh! Media

Penahanan CEO Batu, Polis Kongsi Hasil Siasatan Awal

Ohmedia ceo batu polis

Oh! Artis

Penahanan CEO Batu, Polis Kongsi Hasil Siasatan Awal

Polis telah menahan seorang pempengaruh lelaki dikenali sebagai ‘CEO Batu’ selepas dia disyaki menghantar imej tidak senonoh dan mesej berunsur seksual kepada seorang remaja bawah umur.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, suspek yang berusia 22 tahun itu ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan.

CEO Batu didapati melakukan perbuatan itu sejak awal Mei…

Image

Suspek disyaki telah menghantar beberapa imej tidak senonoh serta mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal Mei lalu.- Katanya dalam satu kenyataan.

IKLAN

Suspek kini direman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Polis menegaskan bahawa mereka memandang serius terhadap sebarang bentuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.

Ohmedia rayuan ceo batu kepada ibu mangsa caprice

Orang ramai diingatkan agar memantau aktiviti dalam talian anak-anak serta melaporkan sebarang perlakuan mencurigakan kepada pihak berkuasa dengan segera.- Tambahnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Inspektor Aldrin Anak Pegie di talian 012-2549543 atau IPD Gombak di 03-61262222.

Kes ini mula tular apabila penyanyi dan aktivis, Caprice, mendedahkan beberapa mesej dan gambar berbaur lucah di media sosial milik seorang pempengaruh lelaki.

Pssttt! Ibu bapa zaman kini perlu lebih peka terhadap aktiviti anak-anak di media sosial. Biarpun ia nampak remeh, pendedahan terhadap individu tidak bertanggungjawab boleh membawa kesan besar. Semoga kes ini jadi pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati dalam ruang digital.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas