Oh! Geekz
Harga iPhone Mungkin Akan Cecah Sehingga RM10,000?
Siapa sangka, tindakan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump boleh memberi kesan besar kepada dompet kita?
Sebelum ini, Trump mengumumkan pelaksanaan tarif balas terhadap negara-negara yang didakwa tidak adil dalam perdagangan termasuk Malaysia!
Akibatnya, barangan dari Malaysia akan dikenakan cukai import sebanyak 24% bermula 9 April 2025.
China pun kena, kos pengeluaran iPhone makin ‘menggila’

Menurut laporan The Edge, China sebagai pusat pengeluaran utama iPhone turut dikenakan tarif sebanyak 54%. Ini secara tak langsung menyebabkan kos pengeluaran iPhone mungkin meningkat secara mendadak.
Laporan dari Malay Mail mendedahkan bahawa harga iPhone dijangka naik sehingga 43% daripada harga asal.
iPhone 16 Pro Max mungkin cecah RM10,205!

Sebagai contoh, iPhone 16 Pro Max 1TB yang kini berharga sekitar RM7,061 dijangka melonjak ke RM10,205 jika unjuran 43% itu jadi kenyataan.
Manakala model asas iPhone 16 pula mungkin naik dari RM3,530 kepada RM5,067. Fuh, kena fikir dua tiga kali nak upgrade lepas ni!
Setakat ini, Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kenaikan harga ini, namun penganalisis ekonomi menjangkakan kesan tarif ini bakal dirasai dalam masa terdekat.
#ApaKataOhmedia
Kalau korang plan nak beli iPhone tahun ni, baik grab cepat sebelum harga makin naik tak masuk akal. Jangan tunggu sampai gaji pun tak mampu cover satu phone!

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM