Connect with us

Oh! Media

Baru Nak Pinjam, Lelaki Dipukul, Dilucutkan Baju Dan Ditinggal Bogel Dengan Ah Long

Pdrm

Oh! Tidak

Baru Nak Pinjam, Lelaki Dipukul, Dilucutkan Baju Dan Ditinggal Bogel Dengan Ah Long

Apa masalah Ah Long dekat Bukit Khor, Marang ni? Baru je lelaki ni nak pinjam duit tapi dah kena belasah. Mangsa berusia 24 tahun bukan sahaja dipukul dalam kereta malah turut dilucutkan pakaiannya sebelum ditinggalkan dalam keadaan bogel di kawasan semak.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin memaklumkan mangsa berhubung dengan ahli sindiket melalui aplikasi WhatsApp bagi tujuan pinjaman. Namun, dia akhirnya dijadikan mangsa kekejaman sindiket terbabit.

Barang peribadi milik mangsa termasuk telefon bimbit, dompet dan kad pengenalan turut dirampas.- Katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang trauma kemudiannya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

IKLAN

Lima Ah Long ditahan dalam Op Vulture…

Ohmedia polis tahan bapa datuk bapasaudara rogol

Susulan laporan tersebut, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) berjaya menahan lima suspek lelaki berusia antara 16 hingga 39 tahun dalam operasi khas Op Vulture.

Mohd Khairi berkata, semua suspek mengaku menjalankan aktiviti pinjaman wang haram di sekitar Kuala Terengganu sejak Mac lalu.

Antara barang yang dirampas termasuk dua buah kereta Proton Saga, lima telefon bimbit dan pakaian milik mangsa yang ditemui semula hasil maklumat daripada suspek.

Sebahagian suspek ada rekod jenayah…

Hasil semakan juga mendapati tiga daripada lima suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau dan pernah terlibat dalam kes serupa sebelum ini.

Kesemua suspek kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) dan 29B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Pssttt! Buat mereka yang terdesak memerlukan wang, sentiasalah berhati-hati dan elakkan berurusan dengan pemberi pinjam wang haram. Meskipun tawarannya nampak mudah dan cepat, risikonya amat besar. Banyak saluran bantuan yang sah dan lebih selamat tersedia, gunakanlah dengan bijak.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas